Setelah
beberapa entry sebelum ini agak serius, kali ini saya ingin berkongsi
kisah yang saya kira ramai yang sudah tahu iaitu mengenai sebuah menara
jam tertinggi di dunia yang baru sahaja siap dibina di Mekah. Nama
lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam.
Ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu
Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.
Menara jam berketinggian 601 m
Antara yang menarik mengenai kompleks yang menempatkan menara jam ini adalah ruang legarnya adalah sangat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000
kaki persegi). Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di
Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia dan ianya
bakal menempatkan hotel bertaraf 7 bintang. Ini menjadikan menara jam ini sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).
Jam yang berada pada setiap sudut menara adalah berukuran 43 × 43 m menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka
jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London
itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta
cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau
yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima
waktu solat fardu. Jam ini menggunapakai waktu standad Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat
ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal
Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali
sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam
persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat
waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan
Mekah di tengah-tengah dunia.
Terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram
Diterangi dua juta cahaya LED pada waktu malam
Perbandingan ketinggian di antara bangunan-bangunan lain
Sebelum
mengakhiri entry ini, marilah kita menghayati sabda Rasulullah SAW
berikut. Walaupon hidup lebih 1431 tahun dahulu, baginda telah
mengetahui apa yang bakal berlaku hari ini, membuktikan kebenaran Rasul
sebagai utusan Allah. Subhanallah...
Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar