Tanda-tanda Akhir Zaman

Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi dan merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq.Wallahu'alam Bish-shawab


Minggu, 14 September 2014

HADIS – 8 TANDA-TANDA KIAMAT YANG JELAS KINI

8 tanda-tanda kiamat sudah hampir yang kita boleh saksikan pada zaman ini berdasarkan kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w iaitu:-

1.  PENAKLUKAN BAITULMUQAKADDIS
Daripada Auf b. Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat”. Baginda menyebut salah satu darinya ialah “Penaklukan Baitulmuqaddis”.  -  Hadis Riwayat Bukhari

2.  BANYAK WANITA BERPAKAIAN TETAPI HAKIKATNYA TELANJANG
Diriwayatkan  dari Abu Hurairah r.a: “Di antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.  -  Hadis Riwayat Muslim

3. TANAH RUNTUH, RUSUHAN DAN ALAT MUZIK BERLELUASA
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka bumi”. Ada yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, bilakah ia  akan berlaku?”. Baginda menjawab: “Apabila bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita berleluasa”.  – Hadis Riwayat Ibnu Majah

4.  MENGHIAS MASJID DAN MEMBANGGAKANNYA
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid”. - Hadis Riwayat Nasai
 
5.  BANYAK DUSTA & TIDAK TEPAT DALAM MENYAMPAIKAN BERITA
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya. Oleh itu, jauhkan dirimu daripada mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”. -  Sahih Muslim

6. BANYAK SAKSI PALSU DAN MENYIMPAN KESAKSIAN YANG BENAR
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan berlaku banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”.  Hadis Riwayat Ahmad
 
7.  NEGARA ARAB MENJADI PADANG RUMPUT DAN SUNGAI
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Negara Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai”.  -  Hadis Riwayat Muslim
 
8.  MEMBERI SALAM KEPADA ORANG YANG DIKENALNYA SAHAJA
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja”.  -  Hadis Riwayat Ahmad

1 komentar: