Tanda-tanda Akhir Zaman

Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi dan merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq.Wallahu'alam Bish-shawab


Minggu, 07 September 2014

Perang Syria Kunci Kembalinya Nabi Isa a.s.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


وَلَمَّا ضُرِبَ ابْنُ مَرْيَمَ مَثَلاً إِذَا قَوْمُكَ مِنْهُ يَصِدُّونَ
Dan ketika (Nabi Isa) anak Maryam dikemukakan sebagai satu misal perbandingan, (untuk membantahmu wahai Muhammad), tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang).

وَقَالُوا أَآلِهَتُنَا خَيْرٌ أَمْ هُوَ مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلاً بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُونَ
Dan mereka berkata lagi: "Manakah yang lebih baik, tuhan-tuhan yang kami sembah atau Isa?" Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan.

إِنْ هُوَ إِلَّا عَبْدٌ أَنْعَمْنَا عَلَيْهِ وَجَعَلْنَاهُ مَثَلاً لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ
Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi), dan Kami jadikan dia satu contoh kekuasaan kami yang menakjubkan untuk kaum Bani Israel.

وَلَوْ نَشَاء لَجَعَلْنَا مِنكُم مَّلَائِكَةً فِي الْأَرْضِ يَخْلُفُونَ
Dan kalaulah kami kehendaki, kami berkuasa melahirkan daripada kamu (wahai kaum lelaki): malaikat mengganti kamu (menjalankan urusan) di muka bumi..

وَإِنَّهُ لَعِلْمٌ لِّلسَّاعَةِ فَلَا تَمْتَرُنَّ بِهَا وَاتَّبِعُونِ هَذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ
Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari qiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari qiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.

Surah Az Zukhruf : 57-61
Ayat-ayat di atas memceritakan akan Nabi Isa a.s., dan pada ayat terakhir (Az- Zukhruf: 61) disebutkan wainnahuu 'a 'ilmun lissaa 'ah (Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari qiamat), yakni turunnya Nabi Isa a.s. ke bumi sebelum datangnya hari qiamat merupakan petanda (kunci) telah dekatnya hari qiamat. Dan hal ini juga ditunjukkan oleh qiroah (bacaan) lain terhadap ayat itu, yakni wa innahuu la 'ilmun lis-saa 'ah (dengan memberi harkat fathah pada huruf 'ain dan lam, yang bererti 'alaamah (alamat) dan amaaroh (tanda) telah dekatnya hari qiamat. Bacaan ini diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Mujahid, dan lain-lain Imam tafsir.
Dari Ibnu Abbas r.a. mengenai penafsiran ayat ini: 
"Turunnya Nabi Isa a.s. adalah sebelum terjadinya hari qiamat"
(Hadis Riwayat Ahmad no.21921, tahqiq Ahmad Syakir yang mengatakan, "Isnadnya shahih.")
Al Hafiz Ibnu Katsir berkata, 
"Adalah benar bahawa kata ganti pada lafal (innahu/sesungguhnya dia) itu merujuk kepada Isa, sebab konteks pembicaraan ayat ini mengenai Nabi Isa."
(Tafsir Ibnu Katsir 7:222)
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَـكِن شُبِّهَ لَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُواْ فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِلاَّ اتِّبَاعَ الظَّنِّ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِيناً
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.

بَل رَّفَعَهُ اللّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللّهُ عَزِيزاً حَكِيماً
Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat 'Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

وَإِن مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلاَّ لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيداً
Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari qiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.

Surah An Nisaa': 157-159
Ayat-ayat di atas bukti menunjukkan bahawa orang-orang Yahudi tidak membunuh dan tidak menyalib Nabi Isa a.s., tetapi Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang mengangkatnya ke langit sebagaimana disebutkan dalam;
إِذْ قَالَ اللّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُواْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari qiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan".

Surah Ali Imran: 55
Maka ayat-ayat tersebut juga menunjukkan bahqwa di antara ahli kitab kelak akan ada orang yang beriman kepada Nabi Isa a.s. pada akhir zaman, ketika ia turun (secara hakiki) ke bumi dan sebelum wafatnya sebagaimana diberitakan oleh hadis-hadis yang shahih dan mutawatir. 
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, ketika ditanya tentang masalah wafat dan diangkatnya Nabi Isa a.s., beliau berkata, "Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Nabi Isa a.s masih hidup. Dan disebutkan di dalam hadits shahih bahawa, 
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
"Demi Allah yang menggenggam jiwaku. Tidak lama lagi Isa putra Maryam akan turun kepadamu sebagai hakim yang adil. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi dan memansuhkan cukai, dan (waktu itu) harta melimpah ruah, sehingga tidak ada seorang pun yang layak menerima zakatnya dan sehingga satu kali sujud (nilainya) lebih baik daripada dunia seisinya.
(Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

Pembicaraan dalam pembahasan ini bukanlah tentang pengangkatan nabi Isa a.s., tetapi untuk menjelaskan bahawa baginda diangkat dengan tubuh dan rohnya. Sekarang Nabi Isa a.s. masih hidup di langit kelak akan turun pada penghujung akhir zaman serta di Imani oleh orang-orang ahli kitab yang hidup pada waktu itu.
وَإِن مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلاَّ لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيداً
Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.

Surah An Nisaa': 159
Ibnu Jarir berkata: "Telah diceritakan kepada kami oleh Basyar, dia berkata, telah diceritakan kepada kami oleh Suryan dari Abu Hushain dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas mengenai ayat:
"Tidak ada seorang pun dari ahli kitab kecuali akan beriman kepada Isa sebelum kematiannya," dia berkata, "Sebelum kematian Isa bin Maryam." 
(Tafsir Ath-Thabari 6:18)
Ibnu Katsir berkata, 
"Ini adalah isnad yang shahih" (An-Nihayah Fil Fitan wal Malahim 10:136. Atsar Ibnu Abbas ini juga dishahkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul-Bari 6: 492)
Selanjutnya, setelah mengemukakan berbagai pendapat mengenai makna ayat ini, Ibnu Jarir berkata, "Dan pendapat yang paling shahih ialah pendapat orang yang mengatakan bahawa takwil ayat itu ialah tidak ada seorang pun dari ahli kitab kecuali akan beriman kepada Isa sebelum Isa meninggal dunia."
(Tafsir Ath-Thabari 6: 21)
Dan beliau (Ibnu Jarir Ath-Thabari) meriwayatkan dengan sanadnya dari Al-Hasan Al-Bishri bahawa beliau berkata, ".... Sebelum kematian Isa. Demi Allah, sesungguhnya beliau sekarang masih hidup di sisi Allah. Tetapi apabila beliau nanti telah turun, maka semua orang beriman kepada beliau." (Ibid, halaman 18)

Ibnu Katsir berkata, 
"Dan tidak diragukan lagi bahawa apa yang dikemukakan oleh Ibnu Jarir inilah pendapat yang benar, kerana ini merupakan maksud dari konteks ayat-ayat yang menetapkan batalnya pengakuan orang-orang Yahudi bahawa mereka telah membunuh Isa, menyalibnya, dan menyerahkannya kepada orang-orang Nasrani yang bodoh dan tidak tahu akan masalah itu. Lalu Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberitahu bahawa kejadiannya adalah tidak sedemikian, tetapi ada seseorang yang diserupakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala seperti Isa, lantas mereka bunuh orang yang diserupakan itu sedang mereka tidak mengetahui dengan jelas tentang hal itu. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengangkat Isa kepada-Nya, dan dia (Isa) masih hidup dan kelak akan turun ke bumi sebelum datangnya hari qiamat sebagaimana ditunjukkan oleh hadis-hadis mutawatir." 
(Tafsir Ibnu Katsir 2: 405)
Ibnu Katsir juga menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas dan lainnya bahawa Ibnu Abbas mengulangi dhamir pada lafal qobla mautihi untuk ahli kitab. Hal ini, kalau shahih riwayatnya, tidaklah menafikan pendapat pertama. Tetapi yang sudah jelas shahih makna dan isnadnya ialah yang telah kami sebutkan terdahulu. 
(An-Nihayah Fil Fitan wal-Malahim 1: 137)





Dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a., berkata, “Datang kepada kami Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Apa yang kamu semua perbincangkan?”.
Kami menjawab:
“Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.
Lalu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya 10 macam tanda-tandanya”.
Kemudian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menyebutkannya:
1. Dukhan
(Asap: rujuk Surah ke-44, Ad Dhukan)
2. Al Masih Ad Dajjal
(Fitnah terbesar di akhir zaman: Rujuk Surah ke-18, Al Kahf ayat 1-110 sebagai pelindung dan pedoman untuk kita, umat Islam perlulah menghidupkan mata hati bagi menilai segala sesuatu bukannya mata zahir)
3. Dabbatul Ardhi
(binatang bercakap keluar dari Tanah berhampiran Bukit Shafa di Mekah)
4. Terbit matahari dari tempat tenggelamnya
(dari Barat Ke Timur atau ada pendapat sesetengah ulama ia kaitan dgn Modern Western Civilization iaitu "cahaya" kehidupan Barat diagungkan dan menjadi ikutan seluruh manusia)
5. Turunnya Isa Ibnu Maryam a.s.
(pergolakkan di Damascus, Syria terletaknya Masjid Umayyad : Menara Timur turunnya Baginda berbaju kuning muda dari langit bersama dua malaikat sebelum jemaah al Mahdi menunaikan solat subuh)
6. Ya'juj dan Ma'juj
(Dua jenis tamandun manusia)
7. Gempa bumi, sekali di Timur;
8. Sekali di Barat dan;
9. Ketiga di Semenanjung Arab
10. Api yang keluar dari arah negeri Yamen yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(bunga-bunga pergolakkan di Yamen)
(Hadis Riwayat Muslim) 
Dari An Nawwas bin Sam'an Al Kilabi r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Jika saat Dajjal keluar aku masih bersama kamu maka akulah yang akan melindungi kamu darinya. Namun jika dia keluar dan aku tidak lagi bersama kamu, maka setiap orang harus melindungi dirinya sendiri. Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah pelindung bagiku dan setiap orang muslim. Barang siapa di antara kamu berjumpa dengannya, hendaklah ia bacakan ayat awal surat Al Kahf, sebab ia melindungi kamu dari fitnahnya."
Kami lalu bertanya,
"Berapa lama Dajjal akan tinggal di bumi?"
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab,
"40 hari. 1 hari seakan setahun, 1 hari seakan sebulan, 1 hari seakan seminggu dan hari-harinya dia sama sebagaimana hari-hari kamu"
Kami bertanya lagi,
"Wahai Rasulullah, pada hari yang seakan 1 tahun, adakah solat kami mencukupi untuk waktu sehari semalam?"
Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab,
"Tidak, namun sesuaikanlah (setiap waktu solat). Kemudian Isa putera Maryam akan turun di sisi menara putih, sebelah timur kota Damascus. Lalu dia mengejar Dajjal sehingga di pintu Lud (sebuah tempat di dekat Baitulmaqdis), lantas dia membunuh Dajjal."
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)

Makan Nabi Yahya a.s. (John The Baptist) yang telah dipancung kepala baginda di dalam Masjid Umayyad oleh Yahudi. Apabila munculnya Dajjal di luar masjid yang sedang memimpin Yahudi-Nasrani Zionist, jemaah Al Mahdi bersama Nabi Isa a.s.sedang berada di dalam masjid bagi menunaikan solat Subuh. Disinilah kemuncak kepada sejarah dunia akan berulang kembali seperti mana siang berganti malam, malam berganti siang, Nabi Isa a.s. pula akan mengejar Dajjal dan para tenteranya dan akan memancung kepala Dajjal berdekatan pintu Lud, di Baitulmuqdis.
Dari An Nawwas bin Sam'an Al Kilabi r.a,. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
“Ketika Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah mengutus Al Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damascus dengan mengenakan dua helai pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua Malaikat. Bila ia menundukkan kepala, maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti akan mati, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Nabi Isa a.s mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian Nabi Isa a.s. datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dari Dajjal, lalu Nabi Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di Syurga”
(Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Fitan wa Asyrathis Sa ‘ah, Bab Zikr ad-Dajjal 18: 67-68)
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
“Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitulmaqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu). “Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa a.s.. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa a.s. untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Nabi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: 
“Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” 
Maka solatlah mereka semua dibelakang Imam tadi. 
Selesai solat, Nabi Isa a.s. berkata kepada semua jemaah, 
“Bukakan pintu itu.”
"Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajjal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata. Melihat Nabi Isa a.s. ada di dalam masjid itu, Dajjal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajjal itu lari kerana ketakutan. Nabi Isa a.s. bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sana lah Nabi Isa a.s. membunuh Dajjal itu."
“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan olah v pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”
“Isa Ibni Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.
“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam a.s., sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Kiri: Minaret of The Qayt Bey 
Tengah: Minaret of The Bride
Kanan : Minaret of Jesus 

Ibnu Katsir menyebut, 
“Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Nabi Isa a.s., iaitu di menara putih bahagian timur Damascus. Dan dalam beberapa kitab yang kami baca, Nabi Isa a.s. turun di menara putih sebelah timur Masjid Jami’ Damascus, dan ini merupakan pendapat yang lebih terpelihara.
Kerana di Damascus, tidak dikenali menara di bahagian timur selain daripada di sebelah Masjid Jami’ Umawi, Damascus sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana beliau turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam (Al Mahdi) kaum Muslimin berkata kepada beliau, “Wahai Roh Allah, majulah kedepan untuk mengimami solat.”
Kemudian Baginda menjawab, 
“Anda (Imam Mahdi) lah imam, kerana iqamat tadi dilaungkan untuk kamu.”

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
“Dan ketika mereka sedang mempersiapkan peperangan dan sedang merapikan barisan, tiba-tiba datanglah waktu solat subuh, dan turunlah Nabi Isa bin Maryam” 
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Para nabi itu bersaudara seperti saudara yang seibu berlainan ayahnya. Ibu mereka berbeza-beza, tetapi agama mereka satu. Aku adalah orang penting yang mempunyai hubungan dengan Isa Ibnu Maryam, kerana tiada nabi yang lain antara aku dengannya. Apabila kamu melihatnya, maka kamu kenalilah beliau sebetulnya. Beliau adalah seorang lelaki yang sederhana tinggi, berkulit warna antara kemerah-merahan dengan putih. Beliau memakai dua kain putih kekuningan yang cantik. Rambut dikepalanya menitiskan air sekali pun tidak basah. Beliau akan menghancurkan salib, membunuh babi, melimpahkan rezeki bagi manusia. Allah membinasakan pada zamannya semua agama melainkan agama Islam. Allah membinasakan pada zamannya al Masih ad Dajjal, yang sesat, cacat dan pembohong besar. Pada zamannya, seluruh bumi menjadi aman. Sehingga singa-singa dapat makan bersama unta-unta, harimau-harimau dapat makan bersama lembu-lembu, serigala-serigala dapat makan bersama kambing-kambing, kanak-kanak dapat bermain dengan ular-ular. Kesemua haiwan yang merbahaya itu tidak akan memudaratkan mereka. Beliau tinggal di bumi selama 40 tahun. Kemudian beliau meninggal, lalu orang-orang Islam solatkan jenazahnya dan mengkebumikannya disisiku"
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Dari Abu Daud, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
Sesungguhnya khemah besar kaum muslimin di hari pertempuran sengit ada di Ghoutah, di sebelah kota bernama Damascus, salah satu kota terbaik di Syam
(Hadis Riwayat Abu Darda')
Ilmu itu pelita hidup, sama-sama lah kita berusaha mendekati, memahami dan menterjemahkan ilmu Islam terutama ilmu akhir zaman (Islamic Eschatology) disamping mencuba menjadi hamba yang terbaik kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Bersama-sama lah kita memberikan sokongan kepada golongan yang ingin menegakkan Islam di muka bumi Allah Subhanahu Wa Ta'ala ini dengan cara yang betul dan dibenarkan oleh Islam tanpa memulakan kekerasan dan kekejaman, dan berusahalah kita untuk mengajak individu yang terdekat yang masih leka dan lalai dibuai nikmat dunia agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.



Pada 12hb November 2012, terbentuk satu pakatan dari Majlis Kebangsaan Syria iaitu pihak penentang kerajaan (Assad) Syria yang dikenali Gabungan Kebangsaan Pembangkang Syria, yang mendapat sokongan dari kafir laknatullah iaitu PBB, NATO (seluruh Eropah), Israel, Amerika, Mossad, dan juga boneka-boneka pejuang Islam dari Arab iaitu Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk dan Liga Arab. Tetapi apa yang jelas kelihatan pada logo gabungan ini adalah simbolik kepada 'mata satu' dan sudah tentu ianya milik fitnah Dajjal. Akan tetapi majoriti umat Islam masih tidak faham akan hakikat situasi di Syria, dan ini bukan bererti kita menyokong Shia Alawi Bassar, persoalan bolehkan kita bergabung bersama kafir yang jelas musuh Islam dan berperang sesama Islam yang berbeza fahaman dan mazhab? terlalu halus fitnah Dajjal akhir zaman..

The three 'golden age' of Antichrist. Pax Judaica to replace Pax Americana which replaced Pax Britannica. If Syria 'goes' then we will have Pax Judaica, so.. Welcome to the New World Order 
sejarah sejak dari dulu British berkuasa akibat dari saki-baki pimpinan keturunan yang berasal dari Mesir, keturunan ini kemudian lari ke Eropah, kemudian keturunan ini dimusuhi dan dihapuskan oleh raja-raja Eropah, kemudian dari Perancis saki-baki keturunan ini lari berlayar ke sebuah pulau yang dalam masa yang sama berlaku peperangan (balas membalas selama ratusan tahun) di pulau tersebut antara England dan Scotland, secara kebetulan keturunan ini berlabuh di pihak Scotland, mereka bersepakat dan bersetuju, dan akhirnya berjaya menawan England, kesemua monarki England diburu dan dibunuh habis-habisan.. 
kemudian bermulalah Pax Britannica seperti mana kita sedia maklum berdasarkan bukti sejarah empayar British. Selain itu peranan keturunan Rothschild dan Rockefeller dalam media, ekonomi, kewangan, politik, teknologi, industri dan segala macam bagi merancakkan lagi fitnah ad-Dajjal di dunia ini. Seterusnya berlaku satu peristiwa perebutan di Terusan Suez Mesir, antara pihak Israel, France dan British, penyelesaian ini dilakukan melalui perintah seorang yang berkuasa bernama Jeneral Eisenhower, dia dari Amerika..
maka bermulalah Pax Americana melalui bukti arahan Jeneral Eisenhower terhadap kuasa-kuasa besar lain, dikaji sejarah dunia apabila tertubuhnya World Bank dan International Monetary Funds setelah dimusnahkan Bretton Woods, tertubuhnya United Nation dan berbagai lagi badan dan pertubuhan dunia yang berpusat di Amerika, maka jelas Pax Britannica telah tamat dan Pax Americana sedang berjalan membina empayar sehingga kini, namun ia semakin retak dan menunggu masa keruntuhan dan kehancuran, dan sebenarnya dunia sedang mengalami proses peralihan kepada Pax Judaica dari Pax Americana..
bagi merealisasikan pax Judaica ini, menurut golongan pakatan Yahudi-Nasrani atau Zionist, wilayah khas perlu diwujudkan yang meliputi negara ash-Sham (Palestin, Syria, Jordan dan Lubnan), Iraq, Mesir dan Hejaz (Saudi Arabia). Seperti yang dikaji, ukuran jarak keluasan wilayah ini adalah berdasarkan kepada huraian kitab Taurat dan Injil yang bermula dari Sungai Nil, Mesir berpandukan kisah kehidupan Nabi Musa a.s. dan 12 puak Bani Israel (di dalam al Quran Surah al Baqarah ayat 60 dan Surah al A'raf ayat 160 menyatakan hanya terdapat 12 puak Bani Israel, namun puak Khazar yang 'convert' dari Pagan ke agama Yahudi menyatakan mereka puak ke-13 yang hilang dan teristimewa) sehingga ke Sungai Furat ataupun Sungai Euphrates berpandukan kisah kehidupan dan perjalanan Nabi Ibrahim a.s. Ditambah pula dengan dakwaan tuntutan oleh pengasas pertubuhan Zionist (Zionist ditubuhkan pada 1897 bersamaan penemuan mayat Firaun oleh 'suatu' puak, rujuk Surah Yunus ayat 92 berkaitan amaran Allah Subhanahu Wa Ta'ala) iaitu Theodore Herzl menyatakan pada tahun 1904 bahawa, 
In his Complete Diaries, Vol. II. p. 711, the area of the Jewish State stretches: “From the Brook of Egypt to the Euphrates.
kenyataan ini disokong oleh ketua para Rabbi Pharisees iaitu Rabbi Fischmann, pada tahun 1947, setahun sebelum terjadinya peristiwa Nakba, setelah Zionist mendapat mandat dari kerajaan Saudi Arabia berkaitan hak Zionist ke atas wilayah Palestin.
declared in his testimony to the U.N. Special Committee of Enquiry on 9 July 1947: “The Promised Land extends from the River of Egypt up to the Euphrates, it includes parts of Syria and Lebanon.”
Siapakah Zionist?
sekiranya kita memahami zionist adalah Yahudi semata-mata, maka kita telah difitnah oleh ad-Dajjal, dan sekiranya kita memahami zionist adalah pihak Nasrani, maka buat kali kedua kita ditelah oleh fitnah ad-Dajjal. Malah sekiranya kita memahami Zionist adalah beragama Yahudi dan beragama Nasrani, maka semakin dalam lah kita hanyut ditelah fitnah ad-Dajjal. Jawapan pada siapakah zionist ada di dalam Surah al Maidah ayat 51, mohon rujuk tafsir dan ta'wilnya. 
kembali kepada tuntutan wilayah yang didakwa oleh mereka, ia bertujuan bagi mengejar dan mengembalikan zaman keemasan yang kononnya telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala buat mereka setelah sebelum ini mereka telah memimpin dunia melalui zaman Nabi Daud a.s. dan juga zaman Nabi Sulaiman a.s. Namun kali ini agak berbeza dengan zaman keemasan sebelum ini yang telah dimusnahkan oleh kuasa Allah Subhanahu Wa Ta'ala melalui bala tentera Raja Nebuchadnezzar II Babylon dan Maharaja Byzantium akibat kedegilan dan kerosakkan akhlak umat Bani Israel, rujuk Surah Al-Maidah ayat 78. Apabila mereka berjaya membina wilayah Israel Raya, maka Raja Segala Raja akan menzahirkan dirinya iaitu ad-Dajjal, dia akan memimpin mereka buat selama-lamanya menurut kitab mereka yang sudah rosak isi kandungannya oleh 70 orang Rabbi di Babylon sewaktu mereka menangih simpati sebagai hamba dan setelah mendapat utusan dari Nabi Daniel a.s. 
Tetapi hal yang sebaliknya akan terjadi dalam eschatology Islam dan eschatology Nasrani Orthodox menghampiri Islam tetapi tiada penghujungnya kecuali eschatology Nasrani Katolik dan Protestant yang sangat kabur seolah dalam fantasi, ad-Dajjal adalah al Masih palsu (al masih membawa maksud penyelamat umat) dan al Masih yang sebenar adalah Nabi Isa a.s. Penafian golongan Rabbi Bani Israel terhadap hakikat al Masih Nabi Isa a.s. adalah kerana Baginda a.s. dilahirkan tanpa bapa secara tidak langsung mereka mendakwa Baginda a.s. adalah anak luar nikah (nauzu billahi min zalik), ditambah pula golongan Rabbi berhasad dengki terhadap kehebatan dan kelebihan yang dimiliki oleh Siti Maryam dan juga keluarga Imran. 
Jadi menurut Zionist, al Masih haruslah mempunyai peribadi yang 'suci dan bersih', sedangkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menunjukkan terang-terangan kepada mereka keajaiban kelahiran Nabi Isa a.s. yang tanpa bapa tetapi beribu (Siti Maryam). Kegagalan para Rabbi memahami dan menyedari hakikat kelahiran ini dengan kuasa Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana mata hati mereka telah mati dan dimatikan oleh sifat dan sikap mereka sendiri. Begitu jugalah fitnah ad-Dajjal yang membuatkan kita buta mata hati, walaupun mata zahir jelas penglihatannya.
saya berpegang kepada kata-kata dan hujah Sheikh Ahmad Badreddin Hassoun, Sheikh Othman Battikh, Sheikh Imran Hosein, Sheikh Hamza Yusuf, Sheikh Salahuddin bin Ibrahim Abu Arafa, (as-Syahid) Sheikh Sa'eed Ramadan al-Bouthi, Sheikhul Azhar Sheikh Ahmed al-Tayyeb, Sheikh al Habib 'Umar bin Hafiz, Habib 'Ali al Jufri, Sheikh Osama Al-Azhari dan lain-lain ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah berkaitan isu perang Syria dan agenda ad-Dajjal..
semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi kefahaman rahsia ilmuNya kepada kita semua di dalam memahami hakikat fitnah ad-Dajjal dan fitnah puak ya'juj dan puak Ma'juj di penghujung akhir zaman sebelum dunia memasuki fasa ke-5, bersama amalkan Suratul Kahf dalam kehidupan, dan doa ini di dalam tasyahud akhir setiap solat.. 
اَللَّهُـمَّ إِنيِّ أَعوُذُ بِكَ مِنْ عَذاَبِ جَهَنَّمَ،وَمِنْ عَذاَبِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْـنَةِ الْمَحْياَ وَالْمَماَتِ وَمِنْ فِتْـنَةِ الْمَسيِحِ الدَّجاَّلِ



Free Syrian Army (FSA) meletupkan sebuah masjid, tindakan ini menunjukkan mereka bukan pembela rakyat Syria tetapi pengkhinat yang menghancurkan negara itu demi agenda tertentu. Salah satu etika jihad fisabililah dalam Islam adalah melarang kita untuk memusnahkan tempat ibadat termasuk kuil, tokong, gereja dan lain-lain, ini kan rumah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dimusnahkan, fikir ini bukan lah peperangan mazhab..puak..  
Free Syrian Army mendapat atau dibayar gaji dengan menggunakan mata wang Dollar Amerika? Dari manakah sumber wang ini diperolehi sekiranya tidak dari musuh-musuh Islam yang sebenar. Syria adalah satu-satunya negara Arab yang tidak mempunyai masalah pinjaman hutang dengan organisasi atau badan kewangan luar dari negara Syria. Kenapa mereka tidak menggunakan mata wang rasmi negara Syria yang mempunyai nilai tetapi memiliki USD, sudah pasti ada penaja untuk peperangan ini..


lagi bukti jihad FSA ditaja dengan bayaran USD, pada minit ke 6.55 anda dapat saksikan dengan jelas bungkusan-bungkusan mata wang USD..


Lihatlah apa yang dinyatakan oleh FSA bahawa mereka akan menyebelahi Amerika dan Israel sekiranya berlaku perang dengan Shia di Iran dan Jordan. Adakah Amerika dan Israel benar-benar sahabat umat Islam yang boleh dipercayai? Adakah kita dibolehkan di dalam Islam mengambil mereka sebagai sahabat untuk berjuang? 



Jelas terang lagi bersuluh bahawa musuh-musuh Islam yang menaja peperangan di Syria bagi melancarkan perjalanan dan perlaksanaan projek mega meraka iaitu New World Order bagi menzahirkan raja segala raja untuk memerintah dunia iaitu Al Masih Ad Dajjal.

FSA menggunakan senjata kimia semasa berperang yang ditaja oleh Saudi Arabia, namun media massa yang dikepalai oleh Zionist, NATO, dan PBB menyatakan tentera kerajaan Syria yang menggunakan senjata ini untuk membunuh rakyatnya sendiri, sedarkah kita walaupun dilihat dari video-video dan berita luar dari Syria bahawa ramai bala tentera Syria telah belot menyertai FSA, namun 70% dari jumlah ketenteraan adalah masih golongan ahlul Sunnah wal jamaah baki 30% adalah dari Shia Alawi, Shia Ismaeli, Shia Imami (12 Imam), penganut Kristian dan lain-lain. Daripada 87% jumlah populasi rakyat berstatus Islam, 74% adalah ahlu sunnah wal jamaah, 13% adalah shia alawi, shia Islameili dan shia imammi. Agak pelik jumlah minoriti Shia tidak dapat dikalahkan oleh jumlah majoriti ASWJ. Sekiranya menyatakan Bassar Alawi mendapat sokongan Shia Iran, Iraq dan Lubnan, fahamilah pihak pemberontak yg dikatakan ASWJ telah mendapat sokongan dan tajaan musuh-musuh sebenar umat Islam antaranya Israel, Amerika, pakatan Eropah, termasuk juga negara-negara yang telah ditelan fitnah Al Masih Ad Dajjal secara nyata seperti Afrika Utara, Qatar, Saudi Arabis dan lain-lain. Bayaran USD 100,000.00 bagi setiap orang luar yang mahu berjihad di Syria telah diberikan melalui saluran ciptaan mereka. Memang tidak dinafikan terdapat jihad yang benar di Syria, tetapi fitnah yang terjadi menyebabkan majoriti umat Islam dikaburi akan hakekat sebenar. Persoalan, dari manakah sumber bahan ini diperoleh dan bagaimanakah mereka mengetahui cara dan kaedah untuk membuat senjata ini? Pelik? atau mereka sudah terlatih..










Dari Abi Umamah Al-Bahiliy r.a., beliau berkata; Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam banyak menyentuh masalah Dajjal. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:
"Sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menjaga orang-orang mukmin”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Anas r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Dari Mughirah bin Syu’ bah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang menang (dalam perjuangan mereka), sehinggalah sampai suatu saat yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala mereka sentiasa menang.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Islam mula tersebar dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing pula, maka beruntunglah orang-orang yang asing
(Hadis Riwayat Muslim)



InshaAllah, "mereka lah golongan yang akan membina saff pertama untuk bersama" Al Mahdi & Nabi Isa a.s., mereka menolak pihak penentang kerajaan Syria (Gabungan Kebangsaan Pembangkang Syria & Majlis Kebangsaan Syria) dan juga pemimpin negara itu sendiri, mereka lah tentera panji hitam kerana mereka memahami situasi sebenar apa yang terjadi, dan agenda Dajjal menyerang Syria.

Sila klik butang 'captions'/ cc untuk sarikata Bahasa Melayu
Sila klik butang 'captions'/ cc untuk sarikata Bahasa Melayu
Sila klik butang 'captions'/ cc untuk sarikata Bahasa Melayu
Sila klik butang 'captions'/ cc untuk sarikata Bahasa Melayu
Sama-sama kita berdoa agar Allah Subhanahu Wa Ta'ala memelihara kita daripada fitnah Dajjal dan juga fitnah akhir zaman, sedar ataupun tidak kita sekarang ini telah pun berada di penghujung akhir zaman. Maka bersedialah dari setiap sudut, kerana apa yang berlaku di Syria mahupun di seluruh dunia ia menandakan dunia telah berada di pengakhirannya berdasarkan peristiwa dan disulami dengan peringatan dari al Quran dan as Sunnah..




Di samping itu, salah satu tanggungjawab yang patut dilaksanakan oleh seseorang Islam adalah infaq mahu pun sedekah dengan sekadar yang mampu, yakni menyerahkan sebahagian harta yang telah diamanahkan dan dipinjamkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala itu untuk kepentingan Islam dan umatnya, firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang mafhumnya,
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.


الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ثُمَّ لاَ يُتْبِعُونَ مَا أَنفَقُواُ مَنّاً وَلاَ أَذًى لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Surah Al Baqarah: 261-262

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Jagalah dirimu daripada api neraka meskipun hanya dengan sedekah separuh biji kurma. Jika tidak dapat (bersedekah benda) dengan kalimah tayyibah (perkataan yang baik)
(Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)


Dari Anas berkata Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
Bersedekahlah kamu kerana sedekah itu sebagai penebusmu (pembebasanmu) daripada api neraka
(Hadis Riwayat at Tabrani)


Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin (makanan keinginannya) Allah mengharamkannya daripada api neraka
(Hadis Riwayat Baihaqi)


Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersada,

Sedekah itu dapat mengelakkan suul khatimah (mati dalam keadaan yang tidak baik).
(Hadis Riwayat Al-Haqadai)


Dari Uqbah bin Amir, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Sedekah itu dapat mengelakkan pemberinya daripada kepanasan kubur dan pada hari qiamat seseorang itu hanya berlindung di bawah naungan sedekahnya
(Hadis Riwayat At-Thabrani)



Anda boleh menyalurkan sumbangan ke:
RHB Bank atas nama 'Muslim Care'
No Akaun: 26-2120-0000-4747
Boleh maklumkan sumbangan anda kepada kami melalui;
E-mail: souriacare@gmail.com
No. Tel: +60122067233


GABUNGAN SALAM SYRIA
Maybank No. Acc: 5622-1820-7666
Swift Code: MBBEMYKL
E-mail: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: +60361770786 / +60132226057


#sambungan Perang Benua Arab (Syria-Iraq)
semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahamanb rahsia ilmuNYA kepada kita semua,
dalam segala hal, Allahu a'lam..

.

.
Allah Knows Best :

Tidak ada komentar:

Posting Komentar