Tanda-tanda Akhir Zaman

Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi dan merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq.Wallahu'alam Bish-shawab


Kamis, 11 September 2014

Binladin dengan Menara Jam Gergasi Di Sisi Kaabah


Binaan bangunan besar, mewah dan moden bersebelahan Masjidil Haram menjadi buah mulut Umat Islam, dan dipersoalkan sejauh manakah keperluannya? Untuk siapa?


  Sebahagian dari Umat Muhammad saw menyatakan: "Menara Jam Tertinggi di Mekah Petanda Kiamat" Sejauh mana benar berita ini sama-samalah kita renungkan.

Perbandingan
Tujuh buah menara yang rata-rata besar dan tinggi, namun menara utamanya yang menempatkani jam gergasi di puncaknya itulah yang menarik perhatian. Menara ini mempunyai 76 tingkat dan 1005 buah bilik hotel 7 bintang,
5 kali lebih besar dari Big Ben di London
Sebuah menara jam tertinggi telah siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bersebelahan Masjidil Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.
Makkah Moden

Sebagai seorang Muslim adakah anda turut merasa hebat, gembira, kagum dan bangga bila diberitahu mengenainya? Di satu sudud, ia memberi gambaran positif bahawa negara Islam telah maju dan telah mampu membina bangunan pencakar langit yang hebat dan mewah. Orang Islam mampu membina bangunan yang luar biasa besar melibatkan 16 juta kaki persegi dan berketinggian 577 meter menjadi yang kedua tertinggi di dunia pada masa ini. Setanding dengan negara yang dikatakan termaju di benua Eropah dan Amerika. Dubai yang telah membina Burj al Khalifa kini di rekodkan sebagai bangunan tertinggi juga sebuah negara Islam.

Menara jam dan perbandingan dengan bangunan sekitarnya
Adakah kerajaan Saudi sedang mempromosi Bandar (Bandaraya?) Suci Makkatul Mukarramah dan Masjidil Haram kepada para penduduk di USA dan Eropah? Memang diketahui umum masyarakat dunia terutamanya di rantau Eropah juga Amerika Utara tentunya USA amat tertarik dengan bangunan tinggi dan mewah lebih-lebih lagi yang berukuran gigantik umpama bangunan di Makkah ini. Secara kasar ia kelihatan sedemikian. Cubaan untuk berdakwah kepada masyarakat dunia moden.
Sesuatu hal yang cukup menakjubkan bagi mereka yang memihak kepada perlumbaan ini. Dunia keseluruhannya amat berminat mengetahui perkara ganjil dan gah dan menjadi kebiasaan bagi masyarakat moden Barat. Secara tidak langsung binaan ini menarik perhatian masyarakat dunia ketika USA, NATO dan Israel sedang melakukan kempen memburuk-burukkan Islam serta membelasah rakyat Pelestin, Afghanistan dan Libya.

Antara yang menarik mengenai kompleks menara jam gigantik ini ialah keseluruhan ruang legarnya amat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi).  16.1 juta kaki persegi itu sememangnya cukup luas. Ketinggiannya pula melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang mana sebelum ini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia..

Bagaimanakah keadaan hotel bertaraf 7 bintang ini? Berapa pula kadar harga penginapan untuk satu hari? Mungkin ada diantara pembaca yang pernah menginap di hotel bertaraf ini.


Kadar Termurah RM633 

Moevenpick Hotel & Residence Hajar Tower Makkah, Mecca,
mewah
Raffles Makkah Palace, Mecca,
untuk siapa?
Dari segi ketinggiannya, menara jam ini akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan 601 meter, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Jam yang berada pada setiap sisi menara adalah berukuran 43×43 meter menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter 5 kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.

Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.

Terletak bersebelahan Masjidil Haram

Spesifikasi bangunan menara jam
Kompleks hotel tertinggi di dunia. Menara Jam tertinggi di dunia. Permukaan Jam terbesar di dunia. Keluasan lantai terbesar di dunia. Bangunan kedua tertinggi di dunia.
Dengan terbinanya menara itu, akan mengukuhkan lagi petanda bahawa Hari Kiamat semakin dekat. Ini berdasarkan hadis di bawah 
 
Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Ya Allah.. Tetapkanlah iman kami supaya tidak terpesong dengan permainan duniawi ini. PerkenankanlahYa Allah..

Amaran
Di sisi lain jika ditinjau, kelihatan ada sesuatu yang sedang di tunjukkan oleh Allah swt kepada umat Islam. Semakin moden manusia, semakin jauh mereka meninggalkan yang hak dan mementingkan kekuasaan, pengaruh dan kemegahan.

Umat Islam majoritinya sedang bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan malah ada yang sedang dizalimi dan menjadi mangsa kebiadaban musuh, di masa yang sama ada pihak yang lain sanggup membelanjakan berbillion dollar untuk menaja kemasyhuran dan kemegahan. Jika tidak berlaku di Makkatul Mukarramah, ia tidak begitu ketara tetapi kini apabiila ia dibina benar-benar besebelahan Masjid al Haram yang terletaknya Kaabah, mengundang perhatian masyarakat Islam.

"Kompleks Hotel 7 Bintang" itu untuk siapa sebenarnya jika bukan untuk golongan atasan yang hidup mewah atau para pemimpin negara atau ahli keluarga di raja. Mampukah orang awan yang biasanya membawa wang hanya secukup hidup ketika mengunjungi Tabah Suci semasa menunaikan Fardhu Haji menginap di sana? Tentu sekali tidak. Mereka tidak layak.

Bagaimana pula perasaan mereka (orang awam) yang majoritinya miskin melihat golongan yang bermewah-mewah ini? Tanpa di sedari cabaran keimanan yang cukup hebat telah mulai melanda umat ini. Itu belum diambil kira tahap keimanan yang tergugat dengan adanya bangunan raksasa tersergam di sebelah Kaabah. Sekali gus meronta iman semasa menunaikan ibadat. Apakah dengan ini cahaya Kaabah akan turut merosot dan pudar di hati kaum Muslimin?

Mungkin juga kerajaan Arab Saudi yang kaya raya ini akan bermurah hati memberikan subsidi kepada jemaah yang miskin untuk sama-sama menikmati nikmat Allah ini. Sepatutnya ia berlaku begitu, sebagai Umara yang diberi amanah menjaga kepentingan jemaah di Tanah Suci Makkah ini. Jika ini terjadi, pembinaan tersebut merupakan satu anugerah Allah kepada umat Islam, tetapi jika sebaliknya, ia adalah satu bencana, mengambarkan kemurkaan Allah kepada kita kerana mementingkan dunia berbanding akhirat

Persoalan seterusnya ialah siapa penguasaha projek ini selain kerajaan Arab Saudi? Apakah wujud matlamat yang terselindung di sebalik nada merdu yang dialunkan  "menaikkan imej kaum Muslimin dan memberi keselesaan kepada jemaah"?

Sesiapa yang pernah ke Mekah akan dapat mengesahkan bahawa bandar suci ini sudah semakin segar menuju ke arah sebuah pusat perniagaan dan pusat pelancungan berbanding menjadi tumpuan melaksanakan amal ibadah. Pelabur luar juga mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari projek mega seperti ini.

Ibadah Haji bakal bertukar menjadi aktiviti pelancungan? Satu suara yang amat menggerunkan kerana ia merupakan sesuatu yang terkeluar dari norma kemurnian Tanah Suci..

Seterusnya kita lihat situasi semasa, siapa yang akan menguruskan hotel mewah ini? Hotel, Pusat Belibelah dan Pangsapuri Mewah. dikendalikan oleh berbagai syarikat tempatan dan luar negeri termasuk syarikat besar seperti Fairmont, Raffles dan Movenpick.

Kata seorang bloger
Super-skyscraper yang dibangunkan di Makkah ini hanya tiga minit dari Masjidil Haram. Ada hotel glam seperti Sofitel dan Movenpick. Akan ada Raffles Makkah. Boleh makan coklat mewah, makan ice-cream dalam restoran dengan pandangan atas Kaabah. 
Raffles Makkah ini akan dibina selepas Raffles Singapore (original) dan Raffles Dubai.
Sebenarnya, kumpulan hotel Raffles ini bukan lagi milik Singapura, tetapi kumpulan Fairmont dari Amerika. Dan kumpulan Fairmont Raffles International dicontrol oleh orang kaya Saudi (juga orang Muslim terkaya di dunia), Prince Alwaleed bin Talal.
Yang saya khuatir ialah budaya menunjuk-nunjuk terbawa-bawa ke Tanah Suci. Lepas Raffles nanti Four Seasons dan St Regis dsbnya nak masuk ke Makkah dan Madinah. Nanti bila kita kongsi pengalaman di Makkah begini: 'Aku ke Makkah dulu tinggal di Ritz Carlton selama 10 malam. Alamak!?! Kau menetap di Kaskas Makkah Apartments saja!'  'Kau makan lontong yang disiapkan tukang masak Tabung Haji?!?! Kesian. Kami makan kat restaurant Terraces On The Clouds terus nampak orang sembahyang di Kaabah'.
Budaya apa yang mereka bawa? 
Makkah Clock Royal Tower - A Fairmont Hotel has 858 guestrooms. Guestrooms have city or courtyard views. Guestrooms have LCD televisions with satellite channels and free movie channelsComplimentary wireless and wired high-speed Internet access is provided. All accommodations provide desksin-room safes (accommodate laptops), and speakerphones. Beds have Select Comfort mattressessignature bedding, and Egyptian cotton linens. Each unit is individually decorated and furnished. All units feature coffee/tea makers. Bathrooms offershower/tub combinations with handheld showerheads, and rainfall showerheads. Bathrooms also include phonesbathrobes, and designer toiletries. Additional amenities include washers/dryerssofa beds, and separate sitting areas. In addition, a turndown service is offered nightly,housekeeping is available daily, and amenities available on request include irons/ironing boardsCribs (infant beds) and rollaway beds are available. All guestrooms at Makkah Clock Royal Tower - A Fairmont Hotel are non-smoking. 
  • American Express
  • Diners Club
  • JCB International
  • MasterCard
  • Visa
Bin Laden

Fenomena Bin Laden ini juga agak ganjil. Ketika dunia memprovok kejahatan dan keganansan melalui seorang yang juga bernama Bin Ladin (sebagai "pengganas terganas" di dunia) terpacul pula Bin Ladin Group yang mempunyai keunggulan serta mampu membina sebuah bangunan hebat di dunia. Adakah ia berlaku secara kebetulan? Penonjolan nama Bin Laden ini seolah satu permainan yang saling bertentangan. Siapa Bin Laden sebenarnya? Jika diambilkira Osama Bin Laden yang terkenal itu, ia adalah seorang boneka ciptaan CIA yahudi-amerika bagi membolehkan Islam diperangi dan pada waktu yang sama wujud pula Binladen Group yang kaya raya besekutu dengan para pereka bentuk bangunan dan kontrektor Barat. Menjadi sahabat baik kerajaan Saudi serta sering sahaja mendapat ruang dalam bidang hartanah di sana. Perkara yang merisaukan ialah sejauh manakah sentuhan masons dalam usaha menggugat keimanan orang Islam? Persoalan ini semakin kuat menerjah minda kita semua.
Benladin Group dikesan sebagai salah sebuah syarikat yang berpengaruh di rantau Arab terutama Arab Saudi dan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan dan beberapa syarikat besar di USA.
Arkitek: Dar Al-Handasah Consultants (Shair & Partners) (U.K.) Limited beroperasi di UK (London)

Cuba perhatikan bentuk bangunan Abraj al Bait ini. Ia mengambil bentuk sebuah bangunan yang terkenal di New York,USA iaitu Empire State Building. Kemiripan reka bentuknya amat ketara. Sementara jamnya pula meniru teknologi Big Ben, London.

Empire State Building
Big Ben, London
Rungutan

Luahan rasa marah seorang muslim apabila mengetahui perkara ini. Adakah kerajaan Saudi mahu mendengar keluhan seperti ini?
"What the hell Saud Family is thinking turning this holiest place into New York City? Mashaallah! Agreed turn Jeddah into New York but not Makkah. Never heard or read from scholars that a place like New York would strengthen your faith". 
Pandangan seorang bloger, "Manusia memang makhluk angkuh! Mungkin anda bersependapat dengan saya. Pembangunan menara-menara tinggi ini seolah ‘mengejek’ kemanusiaan. Meninggalkan seribu masalah yang menjadi tanggungjawab manusia itu sendiri, seperti kemiskinan, bencana alam, jurang sosial, peperangan, penjajahan, dan sebagainya. Dari satu sudut, manusia memang makhluk bijak yang dianugerahkan Allah dengan akal dan ilmu. Ternyata cara pembangunan Piramid Mesir masih menjadi misteri yang bahkan saintis sendiri belum mampu memecahkannya, kepintaran manusia di bidang arkitek, kelak tidak akan menyeret kita ke dalam arus pembinasaan ala Kaum ‘Aad atau Fir’aun".

"Bahkan di Tanah Suci pun manusia sudah berani membuat bangunan tinggi yang berdiri melangit iaitu pembangunan mall terbesar di Arab Saudi, tepatnya di kota suci Makkah, Abraj al-Bait, yang berdiri megah dengan menara jam tertinggi di dunia seolah-olah hendak menerkam menara-menara tua Masjidil Haram dan memperlihatkan betapa ‘rendah’nya Kaabah, bangunan yang paling dianggap suci oleh umat Muslim sedunia."
kaabah
Rancangan Saudi membangun Makkah menjelang tahun 2020 . Mengapa 2020?
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.” H.R. Abu Daud dan Tirmizi
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?“. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi

“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” - (Quran, al-Imran: 96)
Ada satu riwayat yang panjang iaitu sebuah hadis percakapan antara Nabi Muhammad SAW dengan Malaikat Jibril AS tentang Islam, Iman, Ihsan, dan tanda-tanda Hari Kiamat: Kita petil hanya sebahagian kecil dari hadis tersebut yang menyentuh persoalan ini. 

".... Beritahulah aku sebahagian dari tanda-tanda Kiamat itu”.
Beliau menjawab, “Apabila ada hamba sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang-orang tak beralas kaki, tak berpakaian sempurna lagi melarat , pengembala kambing saling membangga-banggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi‘. (Hadith Riwayat Muslim)

Mungkin ada dari pembaca yang dapat memberikan huraian yang lebih jelas terhadap maksud ayat ini.

1. Orang-orang tak beralas kaki 
2. Orang-orang tak berpakaian
3. Orang-orang yang melarat
4. Pengembala kambing.

Bagaimana ia dapat dikaitkan dengan perkataan "membanggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi"?  Terutama dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Sebelum ini sukar bagi kita menemui sesaorang yang mampu mengemukakan hujah mengenainya dan jika pun ada, masih belum dapat memberikan kupasan yang memuaskan. Di manakah logiknya bangunan yang tinggi menjulang langit dibina oleh manusia kerdil tersebut terutama di negara Barat, contoh terdekat ialah Menara Petronas. Apabila munculnya Abraj al Bait ini terpancar satu pandangan yang lebih kukuh.

Pertama Baginda saw merupakan orang Arab dan berbicara di Tanah Arab kepada orang Arab. Lebih jujur kita katakan ia melibatkan secara terus dengan masyarakat Islam di Tanah Arab. Kedua. siapa gembala kambing, orang tak berkasut dan orang tak berbaju di Tanah Arab? Siapa mereka ini berdasarkan masa Baginda hidup? Kemunasabahannya, ia menjurus kepada masyarakat yang tinggal di pendalaman, hidup melarat dan pekerjaan mereka hanya menternak kambing. Mereka ialah masyarakat yang digelar Badwi.
Raja Abdullah
Apa pula kaitan antara orang Badwi dengan menara Abraj al Bait ini? Untuk itu kita kena menoleh kembali sejarah lampau dari mana asal datangnya kerabat diraja Saudi Arabia sekarang.

Gambar Abraj al Bait dari Flicr.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar