Tanda-tanda Akhir Zaman

Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi dan merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq.Wallahu'alam Bish-shawab


Minggu, 07 September 2014

Yakjuj makjuj sebenarnya


Mentafsir ayat Al-Quran semata2 tanpa panduan Al-Sunnah akan menempah jalan kesesatan je.. mcm golongan Quranist. Kemudian pemahaman Al-Quran & Al-Sunnah tu pulak sebaik-baiknya dgn cara mencontohi pemahaman golongan salaf (tiga generasi awal Islam). Tu kita dah bincang sebelum ni.

Berita keluarnya Yakjuj dan Makjuj bukan hanya sekadar disebutkan dalam Al-Quran, malah ade dalam hadis2 sahih & mutawatir jugak.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman kepada Adam: “Wahai Adam.” Maka Adam menjawab: “Aku sambut panggilanMu dengan senang hati dan kebaikan semuanya di tanganMu).” Kemudian Allah SWT berfirman: “Keluarkan utusan (penghuni) neraka.” Maka Adam bertanya: “Apa itu utusan (penghuni) neraka?” Allah SWT berfirman: “Mereka dari setiap seribu orang, sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang!” Maka ketika itu anak kecil menjadi beruban, setiap yang hamil melahirkan apa yang dikandungnya, dan kamu lihat orang-orang seakan-akan mabuk padahal mereka tidak mabuk, tetapi kerana azab Allah SWT yang sangat keras. Kemudian para sahabat bertanya: “Siapa satu yang selamat dari kita itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab: “Bergembiralah, sesungguhnya penghuni neraka itu dari kamu satu dan dari Ya’juj dan Ma’juj seribu….” (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Kan jelas dari hadis kat atas yg Yakjuj Makjuj itu dari jenis manusia keturunan Adam & mereka adalah calon penghuni neraka. Ape, bencana alam pun jadi penghuni neraka ke kalau ikut teori dlm video tu?

Dari Ibn Harmalah, dari ibu saudaranya, dia berkata, Rasulullah SAW berkhutbah dalam keadaan jarinya dibalut kerana disengat kalajengking. Baginda bersabda: “Kamu mengatakan tidak ada musuh. Padahal sesungguhnya kamu akan terus memerangi musuh sampai datangnya Yakjuj dan Makjuj, lebar mukanya, kecil matanya, dan ada warna putih di rambut atas. Mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi, seakan-akan wajah-wajah mereka seperti perisai.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Adakah ini penerangan sifat2 bencana alam?

Diriwayatkan dari An-Nawwas Ibni Sam’an RA dalam hadis yang panjang. Di antaranya sebagai berikut: "Ketika Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Isa AS: Sesungguhnya aku mengeluarkan hamba-hambaKu yang tidak ada kemampuan bagi seorang pun untuk memeranginya. Maka biarkanlah mereka hamba-hambaKu menuju Thuur. Lalu Allah SWT keluarkan Yakjuj dan Makjuj dan mereka mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Kemudian mereka melewati danau Thabariyah, dan meminum seluruh air yang ada padanya. Hingga ketika barisan paling belakang mereka sampai di danau tersebut mereka berkata: “Sungguh dahulu di sini masih ada airnya.” Ketika itu dikepunglah Nabi Isa AS dan para sahabatnya. Hingga kepala lembu ketika itu lebih berharga untuk mereka daripada seratus dinar kamu sekarang ini. Maka Isa dan para sahabatnya berharap (berdoa) kepada Allah SWT. Maka Allah SWT pun mengirim sejenis ulat yang menyerang leher mereka. Maka pagi harinya mereka seluruhnya binasa menjadi bangkai-bangkai dalam waktu yang hampir bersamaan. Kemudian turunlah (dari gunung Thuur) Nabi Isa AS dan para sahabatnya, maka tidak didapati satu jengkal pun tempat kecuali dipenuhi oleh bangkai dan bau busuk mereka. Maka Nabi Isa AS pun berharap (berdoa) kepada Allah SWT. Maka Allah SWT mengirimkan burung-burung yang lehernya seperti unta, membawa bangkai-bangkai mereka dan kemudian dilemparkan di tempat yang Allah SWT kehendaki. Kemudian Allah SWT kirimkan hujan yang tidak meninggalkan satu pun rumah mahupun khemah, lalu membasahi bumi hingga menjadi licin. Kemudian dikatakan kepada bumi itu: ‘Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalilah berkatmu...” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

So, adakah ini yg dijanjikan Allah SWT bakal berlaku kepada Yakjuj Makjuj kalau ia adalah satu bencana alam?

Ah, banyak lagi hadis2 sahih yg menjelaskan hal Yakjuj Makjuj yg sama sekali mencampakkan teori video ni ke dalam longkang! Kalau nak, bleh la cari2 & semak sendiri.

Wallahu a'lam..
mfrstudio:
Bismillah.

Yakjuj wa makjuj ini memang banyak tafsiran atau takwilannya. Namun menafsirkan Yakjuj wa makjuj sebagai letusan gunung berapi adalah amat asing dan tidak berhati-hati juga akan bermasalah untuk menjelaskan hadis sahih Muslim berikut:


--- Quote ---Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-

Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”

Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”

Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,

Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;-

(Riwayat Muslim)
--- End quote ---

hadis sama disebut juga dalam:


--- Quote ---Muslim (2937), (110), (111); Musnad Ahmad (17629);Abu Daud (4321); al-Tirmidzi (2240); al-Nasa'ie dalam al-Kubra (8024) juga dalam 'Amal al-Yaum wa al-Lailah (947); Ibn Qani' dalam Mu'jamal-Sahabah 163-164/3 melalui jalan daripada al-Walid bin Muslim. Sebahagiannya meriwayatkan secara ringkas manakala yang lain terdapat tambahan.
--- End quote ---

Masalah apabila menganggap Yakjuj wa makjuj adalah letusan gunung berapi kerana:

1. Bagaimana ulat boleh menyerang leher lava gunung berapi?
2. Bagaimana burung sebesar unta nak mengangkut bangkai lava gunung berapi?

Dalam tafsir Ibn Kathir pula ada disebut:


--- Quote ---Imam Ahmad meriwayatkan dr Abu Said Al-Khudri   , dia berkata, aku mendengar Rasullullah   bersabda,"(Kelak apabila dinding) Yakjuj dan Makjuj dibuka, maka mereka pun keluarlah, sebagaimana difirmankan Allah   bermaksud, "Mereka berjalan cepat dari segala tempat yg tinggi." Maka manusia semuanya lari ketakutan, menghindari mereka ke kota-kota dan benteng-benteng sambil mengiring ternakan.

Sementara itu, Yakjuj dan Makjuj menjelajah dan meminum air di mana-mana, sehingga ketika seorang dari mereka melalui sebatang sungai yg tadinya diminum, dia berkata,"Di sini tadi ada airnya." Akhirnya ketika semua orang sudah beralih ke kota-kota dan benteng-benteng, maka berkatalah seorang dari mereka, "Penduduk bumi ini sudah habis kita binasakan. Sekarang tinggal penduduk langit."

Rasullullah   melanjutkan ceritanya, "Sesudah itu seorang daripada mereka mengoyang-goyangkan tombaknya, kemudian dia melemparkannya ke angkasa, maka tombak itu kembali semula dgn berlumuran darah, sebagai penipuan (terhadap mereka). Ketika mereka dalam keadaan demikian, Allah   mengirimkan sejenis penyakit kepada mereka bagaikan ulat belalang yg menyerang ke dalam leher mereka. Keesokkan pagi harinya, mereka semua sudah mati. Oleh kerana tidak terdengar lagi gerakan mereka ini, maka kaum Muslimin berkata, "Tidaklah seseorang berani mengorbankan dirinya untuk melihat apa yg dilakukan musuh (Yakjuj dan Makjuj) ini?."

Rasullullha   bersabda, "Seseorang tampil merelakan dirinya. Dia amat yakin bahawa dirinya akan terbunuh, tetapi dia turun juga untuk meninjau. Ternyata dia dapati mereka (Yakjuj dan Makjuj) semuanya telah mati, tindih menindih satu sama lain." Orang itu pun berseru, "Wahai kaum Muslimin, ketahuilah khabar gembira. Sesungguhnya Allah   telah membela kamu sekalian terhadap musuhmu!." Maka kaum Muslimin pun keluarlah dari kota-kota dan benteng-benteng mereka. Mereka melepaskan kembali ternakan mereka untuk digembalakan, tetapi tidak ada tempat untuk mengembala. Semua tempat penuh dgn bangai Yakjuj dan Makjuj. Sedangkan binatang-binatang itu sendiri bersyukur sekali memakan bangkai daging Yakjuj dan Makjuj yg mati tadi, sama sekali tidak mahu memakan tumbuhan yg mereka perolehi.
--- End quote ---

3. Bagaimana lava gunung berapi boleh goyang-goyangkan tombak dan lempar ke angkasa?
4. Untuk apa tombak lava gunung berapi dilumurkan darah untuk menipu lava gunung berapi/ Untuk apa lava gunung berapi ditipu/ apakah lava gunung berapi boleh berfikir untuk ditipu?
5. Bagaimana lava gunung berapi boleh tindih menindih satu sama lain? Adakah lava gunung berapi wujud sebagai individu-individu berbeza dalam gelombangnya?
6. Bagaimana binatang ternakan boleh makan bangkai lava gunung berapi? Adakah lava gunung berapi mengandungi zat untuk haiwan?

Itu antara banyak persoalan yang perlu dijawab jika Yakjuj wa makjuj dianggap sebagai lava gunung berapi.

Jumhur ulama berpandangan Yakjuj wa makjuj adalah kaum manusia dari keturunan Adam a.s.

wallahua'lam.

mfr
aimurban:
Dah beribu tahun hal2 berkaitan berita hari kiamat camni diselewengkan orang. Golongan Muktazilah yg mendahulukan akal dlm beragama memang memperolok2kan hadis seperti ini, kononnya ia tidak masuk akal dan berhujah, “Untuk apa hadis-hadis seperti ini disampaikan? Hadis-hadis ini akan menjadikan manusia semakin jauh dari Islam.”

Kemudian golongan yg kononnya rasionalis & saintifik masakini yg meneruskan tradisi Muktazilah, terpengaruh dgn hujah2 ini dan menolak hadis2 sahih & mutawatir semata2 krn tidak seiring dgn logik akal. So, sebab nak memenuhi keperluan akal & hawa nafsu masing2, diorang kiaskan la kononnya Dajjal tu adalah matawang asing yg menguasai ekonomi dunia la, Yakjuj Makjuj tu adalah kereta kebal, jet pejuang & teknologi persenjataan la, kiamat itu adalah bencana alam la & mcm2 lagi!

Yg lagi best, berlumba2 la bisnesman menggunakan agama utk kaut keuntungan menjual produk dgn kesesatan yg disensasikan! Yg jadi mangsa, org2 jahil yg ikhlas cuba mencari ilmu tapi tanpa ade asas utk jadi penimbang tara. Sampai ade peniaga yg jual air jampi dicelup sarang anai2 yg dah makan 22 juzuk Al-Quran lama pun masih lagi ade org kita yg beli! Aku tak sure samada nak garu kepala atau hantuk kat dinding!

Imam Malik RH pernah berpesan, “Setiap kebaikan adalah apa-apa yang mengikuti para pendahulu (salaf), dan setiap kejelekan adalah apa-apa yang diada-adakan orang kemudian (khalaf)" dan “Tidak akan baik akhir dari umat ini kecuali kembali berdasarkan kebaikan yang dilakukan oleh generasi pertama”.

Wallahu a'lam..
aimurban:
Hahah! Panjang ko jadinya.. mfstudio pun dah tambah & ulang. Jgn risau la Jayman.. mengarut je video tu!
JaymanJohn:
hahaha aku bukan apa.. cuma aku tak sangka orang yang buat video ni boleh caya yang yakjuj makjuj tu lava.. habis takkan lava boleh tombak ke langit pulak... kisah ulat tu camana lak ye.. itu yang aku tertanya2 ni hahah.. ada jugak teori cenggini..

mamat ni pernah umum yang dia nak keluarkan buku (ebook) pasal yakjuj makjuj, aku pun nak beli laa sebab buku fizikal yang pernah aku beli dulu agak kelam kabut tulisannya.. tak faham langsung aku pasal penulisan buku tu. mamat ni cakap buku dia senang nak hadam, so aku pun cakap laa yang aku nak beli..

tau-tau jadik benda lain pulak... ahahaha kelako ah. terus tak jadi aku nak beli...

tapi satu je aku nak puji pasal mamat ni, cara dia sampaikan 'pendedahan' ni pakai video memang best. sebab orang kena tengok video sampai habis baru tahu apa benda yang dia nak sampaikan. kalau dia tulis panjang2 dekat website dia, mesti orang terus scroll ke bawah punya hahah. itu je laa taktik dia yang aku suka

tapi still, tak boleh blah

anyway, tima kaseh semua.... i love you guys lah. Selamat berpuasa :jayman:
Navigation
Go to full version

Tidak ada komentar:

Posting Komentar