بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah
Umum mengetahui bahawa penulisan wasiat
adalah sangat ditekankan oleh Allah swt sehingga disebut sebagai wajib
di dalam Al Quran.
كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ
ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٲلِدَيۡنِ
وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah: 180)
Atas dasar kepentingan ini, maka sudah Nabi s.a.w.a sebagai pendahulu
pengamal Sunnah dan syariat akan melaksanakan tuntutan ini. Di saat
akhir hayat baginda ketika baginda sedang tenat, baginda telah meminta
pena untuk menulis wasiat ini. Kisah ini tercatat di dalam “Peristiwa Hari Khamis” yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis:
عن ابن عباس قال لما حضر رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي البيت رجال
فيهم عمر ابن الخطاب فقال النبي صلى الله عليه و سلم ( هلم أكتب لكم كتابا
لا تضلون بعده ) فقال عمر إن رسول الله صلى الله عليه و سلم قد غلب عليه
الوجع وعندكم القرآن حسبنا كتاب الله فاختلف أهل البيت فاختصموا فمنهم من
يقول قربوا يكتب لكم رسول الله صلى الله عليه و سلم كتابا لن تضلوا بعده
ومنهم من يقول ما قال عمر فلما أكثروا اللغو والاختلاف عند رسول الله صلى
الله عليه و سلم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( قوموا ) قال عبيدالله
فكان ابن عباس يقول إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول الله صلى الله
عليه و سلم وبين أن يكتب لهم ذلك الكتاب من اختلافهم ولغطهم
Dari Ibnu Abbas yang berkata “Ketika ajal Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam sudah hampir tiba dan di dalam rumah beliau ada beberapa orang diantara mereka adalah Umar bin Khattab. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “berikan kepadaku, aku akan menuliskan untuk kalian wasiat, agar kalian tidak sesat setelahnya”. Kemudian Umar berkata “sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dikuasai sakitnya dan di sisi kalian ada Al-Qur’an, cukuplah untuk kita Kitabullah” kemudian orang-orang di dalam rumah berselisih pendapat. Sebagian dari mereka berkata, “berikan apa yang dipinta Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam Agar beliau menuliskan bagi kamu sesuatu yang menghindarkan kamu dari kesesatan”. Sebagian lainnya mengatakan sama seperti ucapan Umar. Dan ketika keributan dan pertengkaran makin bertambah di hadapan Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam, Beliau berkata “menyingkirlah kalian” Ubaidillah berkata Ibnu Abbas selalu berkata “musibah yang sebenar-benar musibah adalah penghalangan antara Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan penulisan wasiat untuk mereka disebabkan keributan dan perselisihan mereka” [Shahih Muslim no 1637]
Berikut pula adalah riwayat dari Sahih Bukhari:
ابن عباس رضي الله عنهما يقول يوم الخميس وما يوم الخميس، ثم بكى حتى بل
دمعه الحصى، قلت يا أبا عباس ما يوم الخميس؟ قال اشتد برسول الله صلى الله
عليه وسلم وجعه، فقال (ائتوني بكتف أكتب لكم كتابا لا تضلوا بعده أبدا).
فتنازعوا، ولا ينبغي عند نبي تنازع، فقالوا ما له أهجر استفهموه؟ فقال
(ذروني، فالذي أنا فيه خير مما تدعونني إليه)
Ibnu Abbas RA berkata “hari kamis, tahukah kamu ada apa hari kamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga air matanya mengalir seperti butiran kerikil. Kami berkata “hai Abul Abbas ada apa hari kamis?. Ia menjawab “Hari itu sakit Rasulullah SAW semakin berat, kemudian Beliau SAW bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya. Kemudian mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi perselisihan di sisi Nabi. Mereka berkata “beliau sedang menggigau, tanyakan kembali tentang ucapan beliau tersebut?. Namun Rasulullah SAW bersabda “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku lebih baik daripada apa yang kalian ajak”[Shahih Bukhari no 2997]
Tanpa perlu membincangkan tentang tindakan Ibn Al Khattab, kerana ia
bukan tujuan penulisan ini, mari kita sama-sama tekankan terhadap apa
yang Rasulullah s.a.w.a tekankan, iaitu menulis sesuatu yang akan
menjaga umatnya dari kesesatan selepas kewafatan baginda.
Jadi, persoalannya:
Apakah yang ingin ditulis oleh Nabi s.a.w.a?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?
Banyak argumen Sunni dalam menafsirkan kejadian ini, bagi menidakkan
hujah Syiah bahawa yang ingin ditulis Nabi s.a.w.a itu Tsaqalain atau
perkara yang berkaitan dengan Imamah Ahlulbait a.s. Namun Syiah
sendiri, dari kalangan mereka yang mutakhir ini, majoriti dari mereka
sendiri tidak meyakini bahawa wasiat itu ditulis oleh Nabi s.a.w.a. Ini
turut menyumbang argumen kepada Sunni bagi menguatkan hujah mereka
bahawa Imamah bukanlah perkara yang ingin ditulis oleh Nabi s.a.w.a.
Namun benarkan wasiat ini kekal tidak tertulis? Para penentang
mengatakan: “Jika perkara yang ingin ditulis ini begitu penting, apa
yang menghalang Nabi s.a.w.a dari menulis wasiati ini setelah orang yang
menghalang mereka beredar?”
Jawabannya, tiada perkara yang menghalang Nabi s.a.w.a, kerana baginda
telah meminta penggantinya, Imam Ali a.s untuk mencatatkan wasiat
baginda. Ianya adalah seperti berikut:
Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al
Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil,
daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan
bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad,
daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada
bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis
salam telah berkata:
bersabda Rasulullah SAWA kepada Ali AS dimalam sebelum kewafatan
baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat.
Maka Rasulullah SAWA telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan
sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda SAWA bersabda:
Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan
selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang
pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau
di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq
Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai
nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas
Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan
ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan
bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku
berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak
melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku
selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya
(khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain
yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada
anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa
Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya
kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil.
Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara
daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan
akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab
yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya
tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba
Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah
yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s).
Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al
Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah
adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi
riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang
sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai
dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan
Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana
Syiah Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian
meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya
adalah satu sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga
melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s
Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376.
Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393.
Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147,
hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara
terperinci tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”)
Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59.
Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59.
Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222.
Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294.
Sheikh Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71.
Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, ms 641.
Sheikh Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96.
Sheikh Al Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.
Inilah satu-satunya wasiat Nabi s.a.w.a dgn tema “menjaga umatnya dari
kesesatan”. Tiada lagi wasiat Nabi selain dari wasiat ini. Maka atas
sebab itu, para penentang harus membawakan wasiat lain dengan tema yang
sama, selepas peristiwa Hari Khamis, jika mereka menolak hadis ini.
Hadis ini juga selari dengan hadis-hadis lain yang menunjukkan kepada
Imamah Ahlulbait a.s. Dan hadis-hadis lain perlu dibaca bersekali dengan
hadis ini, kerana tidak ada hadis lain dengan tema yang sama. Mustahil
Nabi s.a.w.a tidak menulis wasiat ketika mendekati kematiannya, kerana
ia bercanggahan dengan ayat Quran yang menekankan penulisan wasiat.
Oleh itu, seseorang yang mengagungkan Nabi sebagai contoh manusia
terbaik, yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah, tidak
mempunyai pilihan lain melainkan menerima hadis wasiat ini.
Menarik untuk diperhatikan, umat Syiah,
terutamanya para ulama mereka, juga tidak menerima hadis wasiat ini.
Mereka beralasan bahawa Nabi s.a.w.a telah banyak kali menekankan Imamah
Ahlulbait a.s sehingga tidak perlu lagi baginda menulis wasiat selepas
peristiwa hari khamis. Ini jelas bertentangan dengan logik, dan
bertentangan dengan nas dari sumber mereka sendiri, yang menunjukkan
Nabi s.a.w.a menulis wasiat ini.
وروى العلاء، عن محمد بن مسلم قال أبو جعفر (عليه السلام): ” الوصية حق، وقد أوصى
رسول لله (صلى لله عليه وآله)، فينبغي للمسلم أن يوصي
Diriwayatkan dari Muhammad Bin Muslim yang mendengar dari Imam Abu Jaafar a.s: “Wasiat adalah satu kewajiban, dan Rasulullah s.a.w.a juga meninggalkan wasiat, menjadi kewajiban Muslim untuk melakukan perkara yang sama.” Man La Yadhurruhu Al Faqih, Jilid 4.
Namun malang bagi mereka apabila mereka tetap mahu menolak hadis Wasiat
ini, walaupun tidak dapat mendatangkan ganti kepadanya, sedangkan dalam
teks mereka, ada menyebut bahawa Nabi s.a.w.a meninggalkan wasiat.
Mereka mengaku Syiah dan pengikut kepada Ahlulbait, namun mengambil
pendirian yang kontra dengan teks-teks para Imam Ahlulbait a.s
Ini berbeza dengan Sunni yang mempercayai tiada penulisan wasiat selepas
peristiwa hari Khamis. Dan mereka mempunyai dalil teks untuk menyokong
keyakinan ini. Bagaimana pun, dalil-dalil ini agak bercanggahan antara
satu sama lain.
حَدَّثَنَا خَلاَّدُ بْنُ يَحْيَى، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، حَدَّثَنَا
طَلْحَةُ بْنُ مُصَرِّفٍ، قَالَ سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي
أَوْفَى ـ رضى الله عنهما ـ هَلْ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم
أَوْصَى فَقَالَ لاَ. فَقُلْتُ كَيْفَ كُتِبَ عَلَى النَّاسِ
الْوَصِيَّةُ أَوْ أُمِرُوا بِالْوَصِيَّةِ قَالَ أَوْصَى بِكِتَابِ
اللَّهِ.
Telah bercerita kepada kami Khollad bin Yahya telah bercerita kepada kami Malik, dia adalah putra Mighwal telah bercerita kepada kami Thalhah bin Mushorrif berkata; Aku bertanya kepada ‘Abdullah bin Abi Aufaa radliallahu ‘anhuma: “Apakah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berwasiat?” Dia menjawab: “Tidak”. Kemudian aku tanya lagi: “Lalu bagaimana berwasiat itu diwajibkan kepada manusia atau mereka diperintahkan supaya berwasiat?” Dia menjawab: “Beliau berwasiat dengan Kitab Allah”.Sahih al-Bukhari 2740
Hadis di atas menunjukkan seorang tabiin bertanya kepada seorang
sahabat, dan mempersoalkan bagaimana Nabi s.a.w.a sendiri tidak
meninggalkan wasiat sedangkan ia diwajibkan. Namun jawaban yang diberi
oleh sahabat tersebut tidak logis dan tidak memperlihatkan kenyataan
sebenar akan mengapa Nabi s.a.w.a tidak meninggalkan wasiat. Seorang
Nabi pasti akan melakukan perkara yang disebutkan di dalam Quran.
Inilah sebabnya, telah tersebar di kalangan para sahabat dan para
tabiin, bahawa Nabi s.a.w.a telah berwasiat kepada Imam Ali a.s. Ini
direkodkan di dalam riwayat berikut:
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ، أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ، عَنِ ابْنِ
عَوْنٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ الأَسْوَدِ، قَالَ ذَكَرُوا عِنْدَ
عَائِشَةَ أَنَّ عَلِيًّا ـ رضى الله عنهما ـ كَانَ وَصِيًّا. فَقَالَتْ
مَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ وَقَدْ كُنْتُ مُسْنِدَتَهُ إِلَى صَدْرِي ـ أَوْ
قَالَتْ حَجْرِي ـ فَدَعَا بِالطَّسْتِ، فَلَقَدِ انْخَنَثَ فِي حَجْرِي،
فَمَا شَعَرْتُ أَنَّهُ قَدْ مَاتَ، فَمَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ
Telah bercerita kepada kami ‘Amru bin Zurarah telah mengabarkan kepada kami Isma’il dari Ibnu ‘Aun dari Ibrahim dari Al Aswad berkata: “Orang-orang menyebutkan di hadapan ‘Aisyah bahwa ‘Ali radliallahu ‘anhuma menerima wasiat (kekhalifahan) “. Maka dia bertanya: “Kapan Beliau memberi wasiat itu kepadanya padahal aku adalah orang yang selalu menyandarkan Beliau di dadaku” (saat menjelang wafat Beliau). Atau dia berkata: “berada dalam pangkuanku”, dimana Beliau meminta air dalam wadah (terbuat dari tembaga) hingga Beliau jatuh dalam pangkuanku dan aku tidak sadar kalau Beliau sudah wafat. Jadi kapan Beliau memberi wasiat kepadanya”. Sahih al-Bukhari 2741
Walaupun Ummul Mukminin Aisyah menafikannya, namun isu Imam Ali a.s
menerima wasiat dari Nabi s.a.w.a adalah satu isu yang sememangnya
menjadi buah mulut di kalangan masyarakat di era tersebut. Dan masakan
dahan bergoyang jika tiada angin? Apatah lagi dengan berbagai hadis Nabi
s.a.w.a yang meninggikan kedudukan Ahlulbait a.s dan Imam Ali a.s
dengan tema “melindungi umat dari kesesatan.”
Apabila seorang sahabat menafikan, wujud pula sahabat lain yang membenarkan penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis.”
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Hari Kamis. Apakah hari Kamis itu??
Kemudian Ibnu Abbas menangis sehingga air matanya membasahi kerikil,
lalu dia berkata: Rasulullah saw sakit keras pada hari Kamis, lalu
beliau bersabda: Bawalah alat tulis kepadaku, aku catatkan buat kalian
suatu catatan yang sesudah itu kalian tidak akan tersesat selamanya.
Maka mereka bertengkar dan tidaklah seyogya disisi Nabi ada
pertengkaran: Mereka berkata: Rasulullah diam. Beliau bersabda:
Biarkanlah aku; sesuatu yang sedang aku lakukan (bersiap-siap menghadapi
wafat dll) adalah lebih baik daripada apa yang kalian ajakkan kepadaku.
Ketika wafat, beliau berwasiat dengan tiga hal, yaitu: Keluarkanlah
orang-orang musyrik dari jazirah Arab, berilah hadiah kepada tamu
(utusan) sepadan aku (Nabi) memberi hadiah kepada mereka. Dan aku lupa
terhadap yang ketiga.” Shahih Bukhari | No. 2911 | KITAB JIHAD DAN
PERJALANAN (PERANG)
Apakah perkara ketiga yang dilupai ini? Sudah tentu, perkara ketiga ini
adalah wasiat Nabi s.a.w.a dengan tema “melindungi umat dari kesesatan”.
Sudah tentu, perkara ketiga ini adalah berkaitan Imamah Ali a.s dan
Ahlulbait a.s, yang mana gandingannya dengan Al Quran akan melindungi
umat dari kesesatan.
InsyaAllah, sehingga ke tahap ini, kita telah mengetahui bahawa:
*Hanya Allah swt berhak melantik khalifah, dan kuasa ini tidak pernah di berikan di tangan manusia.
*Perlantikan khalifah tidak pernah terhenti dan berterusan selepas
pengutusan Muhammad s.a.w.a, kerana Allah swt tidak akan meninggalkan
manusia tanpa penunjuk.
*Ayat Al Quran menunjukkan wajib untuk menulis wasiat, dan amat bertentangan sama sekali jika Nabi s.a.w.a tidak menulis wasiat.
*Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa ketika saat kewafatan baginda, Nabi
s.a.w.a ingin menulis wasiat dengan tema “melindungi umat dari
kesesatan”. Namun niat baginda dihalang oleh ramai sahabat.
*Beberapa hadis lain menunjukkan adanya ura-ura dikalangan masyarakat
bahawa Imam Ali a.s menerima wasiat kekhalifahan dan Nabi mewasiatkan 3
perkara yang mana perkara ketiga tidak diketahui.
*Hanya terdapat satu sahaja hadis wasiat Nabi (s) yang selari dengan
tema melindungi umatnya dari kesesatan. Dapat diketahui dari hadis ini
bahawa selepas baginda, akan ada 12 Imam dan setelahnya akan ada 12
Mahdi.
*Hadis ini tidak dapat ditolak melainkan jika diganti dengan wasiat lain dengan tema yang serupa , yang mana tiada.
Jadi apa yang tinggal hanyalah untuk kita meneliti hadis-hadis lain yang
mempunyai sama makna dengan keinginan Nabi untuk melindungi umatnya
dari kesesatan, dan membuktikan bahawa hadis wasiat di atas mempunyai
makna yang mutawatir dari hadis-hadis lain. InsyaAllah.
Dan Allah lebih mengetahui.
Labels:
Ahmad Al Hassan,
Al-Yamani,
FENOMENA AKHIR ZAMAN,
GEMPAR,
IMAM MAHDI
Khamis, 21 November 2013
CONFIRM! HADIS ABU HURAIRAH MENGESAHKAN PERMULAAN MAHDI DI IRAQ
Assalamualaikum Warahmatullah
اللهم صلي على محمد و ال محمد الائمة و المهديين و سلم تسليما كثيرا
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah
Telah muncul Al Mahdi di Iraq
Perhatikan hadis daripada Abu Hurairah
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.
Salah satu adalah berkenaan Saddam yang dikatakan sebagai sufyani pertama dan dia telah khianat kepada Mahdi
Inilah sebahagian petikan hadis berkenaan :
"Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam…dan…Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, ‘kelopak mata yang turun’ sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia ’shaddam liman aradhahu’ (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin.”
Perhatikan ayat terakhir : ...dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin.”
dan Kut itu adalah kuwait yang Saddam telah menyerangnya. "Kut" bermaksud kubu kecil. Lihat wikipedia.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kuwait
Apakah yang menyebabkan kecelakaan bagi Saddam?
seperti yang dilapor oleh BBC pada 25 September 2000, dia Saddam Hussein telah menulis Al-Quran dengan menggunakan darahnya.
http://fenomenazaman.blogspot.com/2011/11/al-quran-di-tulis-menggunakan-darah.html
dan Imam Ahmad Al Hassan telah mengutuk tindakan Saddam sedangkan tidak ada sesiapa pun yang berbuat demikian kerana takutkan keselamatan mereka terancam. Imam Ahmad Al Hassan telah memberi amaran bahawa Saddam telah menuliskan ajal dan kejatuhannya apabila dia menulis Al-Quran dengan darahnya yang najis.
Kaji dan bacalah dengan hati terbuka ----- Klik untuk Download e-Book Selamat Datang
Wahai Penyeru Kepada Allah Dan Pemegang Panji Hidayah
اللهم صلي على محمد و ال محمد الائمة و المهديين و سلم تسليما كثيرا
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah
Telah muncul Al Mahdi di Iraq
Perhatikan hadis daripada Abu Hurairah
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.
Salah satu adalah berkenaan Saddam yang dikatakan sebagai sufyani pertama dan dia telah khianat kepada Mahdi
Inilah sebahagian petikan hadis berkenaan :
"Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam…dan…Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, ‘kelopak mata yang turun’ sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia ’shaddam liman aradhahu’ (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin.”
Perhatikan ayat terakhir : ...dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin.”
dan Kut itu adalah kuwait yang Saddam telah menyerangnya. "Kut" bermaksud kubu kecil. Lihat wikipedia.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kuwait
Apakah yang menyebabkan kecelakaan bagi Saddam?
seperti yang dilapor oleh BBC pada 25 September 2000, dia Saddam Hussein telah menulis Al-Quran dengan menggunakan darahnya.
http://fenomenazaman.blogspot.com/2011/11/al-quran-di-tulis-menggunakan-darah.html
dan Imam Ahmad Al Hassan telah mengutuk tindakan Saddam sedangkan tidak ada sesiapa pun yang berbuat demikian kerana takutkan keselamatan mereka terancam. Imam Ahmad Al Hassan telah memberi amaran bahawa Saddam telah menuliskan ajal dan kejatuhannya apabila dia menulis Al-Quran dengan darahnya yang najis.
Kaji dan bacalah dengan hati terbuka ----- Klik untuk Download e-Book Selamat Datang
Wahai Penyeru Kepada Allah Dan Pemegang Panji Hidayah
اللهم صلي على محمد و ال محمد الائمة و المهديين و سلم تسليما كثيرا
Labels:
Ahmad Al Hassan,
Al-Yamani,
GEMPAR,
HADIS AKHIR ZAMAN,
IMAM MAHDI
Khamis, 14 November 2013
Menangislah, nescaya engkau akan mengetahui dan mengerti
Wahai saudaraku,
Di manakah kita hari ini, di hari yang mana air mata Rasulullah s.a.w.a mengalir dengan derasnya tanpa henti,
di hari yang mana para malaikat turun berkali-kali mengucapkan takziah kepada Al Mustafa s.a.w.?
Malanglah bagi yang sedang gelak ketawa dan bergembira sedangkan Nabi s.a.w. bercucuran air mata.
Tidak engkau pernah mendengar Nabi s.a.w pernah berkata,
"sekiranya kalian mengetahui akan apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis?
Tidakkah engkau ketahui bahawa penghuni syurga itu dulunya di dunia mereka orang yang mengetahui dan sering bergenang matanya?
Tidakkah engkau mengerti hati yang lembut itu kerana selalu insaf diri?
Tidakkah engkau ketahui bahawa penghuni neraka itu dahulunya mereka jahil dan sering ketawa?
Tidakkah engkau mengerti hati yang keras itu kerana banyaknya gembira dan bersukaria?
Tidakkah engkau memahami bahawa hati yang halus dan lembut itu akan membawa engkau banyak melihat lalu membuatkan engkau lebih mengerti?
Bersabarlah! Kerana kita sesungguhnya sedang berperang melawan syirik dalam diri
Maka menangislah wahai saudaraku, nescaya engkau akan mengetahui!
Menangislah, nescaya engkau akan mengenal diri!
Menangislah, nescaya hati engkau akan tenang!
Menangislah, nescaya engkau akan menang!
Menangislah, nescaya engkau akan sejati dan abadi walaupun jasad tersungkur menyembah bumi!
Kerana hal itu hanya dapat dicapai jika engkau memahami dan mengerti hakikat keluarga nabi yang suci.
Salam sejahtera ke atasmu wahai Abi Abdillah, Penghulu Pemuda di Syurga.
اللهم صلي على محمد و ال محمد الائمة و المهديين و سلم تسليما كثيرا
Fenomena Zaman
10 Muharram 1435 H
Labels:
Asyura,
Imam Hussein,
Luahan hati,
Muharram,
Puisi Hati,
Renungan
Rabu, 13 November 2013
APAKAH MAKNA KATA-KATA IMAM HUSSEIN (AS) DI DALAM DOA ARAFAH: TUHANKU KELUARKANLAH AKU DARIPADA KEHINAAN DIRIKU DAN SUCIKANLAH AKU DARIPADA PERASAAN SYAK DAN KESYIRIKANKU?
Soalan 27 - Berbagai Jenis Syirik
APAKAH MAKNA KATA-KATA IMAM HUSSEIN (AS)
DI DALAM DOA ARAFAH: TUHANKU KELUARKANLAH AKU DARIPADA KEHINAAN DIRIKU
DAN SUCIKANLAH AKU DARIPADA PERASAAN SYAK DAN KESYIRIKANKU?
Jawapan:
Syirik itu berbagai jenis, antaranya:
1. Syirik Zahir (yang nyata): ia
terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya: Syirik yang terang-terangan
di dalam akidah seperti menyembah patung dan berhala, serta menyembah
ulama sesat yang tidak beramal (dengan ilmunya), mereka adalah
berhala-berhala yang mempunyai lidah. Sebagaimana disebutkan di dalam
al-Quran yang mulia (1), daripada Rasulullah (sawas) dan daripada para
Aimmah (ahms) yang mencela orang-orang Yahudi, yang mentaati ulama
mereka dalam memaksiati Allah, lantas menyembah mereka dengan perbuatan
tersebut (2).
2. Syirik Khafi (tersembunyi): antaranya
adalah riya’ dengan segala jenisnya. Ia bukan tawajjuh kepada makhluk
semata-mata di dalam menunaikan hajat-hajat mereka, tanpa tawajjuh
kepada Allah SWT sebagai Maha Menunaikan hajat (yang memberi kepada
orang yang meminta kepadaNya dan juga orang yang tidak meminta kepadaNya
sebagai belas kasihan dan rahmat daripadaNya). Tawajjuh kepada makhluk
tanpa Allah SWT ini adalah KUFUR kepada Allah. Malangnya inilah situasi
yang berleluasa di kalangan umat manusia hari ini. Ia adalah tawajjuh
kepada manusia beserta dengan tawajjuh kepada Allah dalam menunaikan
hajat-hajat, inilah SYIRIK yang tersembunyi. Firman Allah Taala:
Dan (orang-orang yang beriman kepada
Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka
mempersekutukanNya juga dengan yang lain. (Yusuf: 106)
Hakikatnya, setiap hamba itu hendaklah
bertawajjuh kepada Allah SWT dalam segenap hajatnya dan menganggap
hamba-hamba yang menunaikan hajat itu semata-mata wasilah (jalan) serta
alat di tangan Allah, yang menggerakkannya sebagaimana yang
dikehendakiNya dan kemana jua yang dikehendakiNya untuk menunaikan
hajatnya itu. Oleh itu, tawajjuh kepada Allah tidak memudharatkannya
untuk bergaul dengan makhluk.
3. Syirik Nafsi (diri): Ia adalah jenis
syirik yang paling tersembunyi iaitu keakuan (ana) yang manusia tidak
dapat lari daripadanya. Ia adalah kegelapan dan ketiadaan yang tiada
cacat celanya (sempurna), di mana tanpanya yang wujud hanyalah Allah
SWT. Oleh itu, setiap hamba Allah adalah mempersekutukan Allah
berdasarkan makna ini. Imam Hussein (as) memaksudkan syirik daripada
makna ini dan perasaan syak yang mengiringinya. Imam Hussein (as)
menuntut pembukaan yang nyata (fathul Mubin) dan penghapusan ketiadaan
dan kegelapan yang tiada cacat celanya daripada lembaran kewujudannya,
di mana tanpanya yang wujud hanyalah Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Pemaksa SWT. Seterusnya, Imam Hussein (as) seolah-olah berkata:
(Tuhanku, tiada seorang pun yang layak wujud melainkan Engkau.
Kewujudanku adalah satu dosa besar yang tiada jalan untuk
mengampunkannya melainkan kebinasaanku (fana’) dan kekekalan (baqa’)
Engkau yang Maha Suci).
Inilah syak dan syirik dengan paksaan
dan bukannya dengan perbuatan, atau dengan kata lainnya wujud dengan
asal-usulnya dan bukannya wujud dengan perbuatan. Bermaksud wujud
perbuatan menerima, tetapi ianya tidak terlaksana secara perbuatan atau
tidak wujud secara luaran. Terdapat titik hitam di dalam fitrah
kemanusiaan itu sendiri, yang mana ia adalah ketiadaan dan kegelapan
yang tiada cacat celanya. Titik hitam ini adalah tempat letaknya hidung
syaitan, yang ditiupkan perasaan was-was menerusinya kepada anak
keturunan Adam (3).
Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (as) - Iraq
Kitab al-Mutasyabihat, jilid satu, ms 20-21, soalan 27.
_________________________________________
Nota kaki:
(1) Firman Allah Taala: (Mereka
menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan
selain Allah…) At-Tawbah: 31.
(2) Daripada Abu Bashir, daripada Abi
Abdillah (as), dia berkata: aku bertanya kepadanya: “Mereka menjadikan
orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah”?
Lalu Imam menjawab: “Demi Allah, mereka tidak mengajak manusia untuk
menyembah diri
Tidak ada komentar:
Posting Komentar