Menara Jam DiRaja Mekah: Tanda Kiamat Di Tepi Kaabah
Apabila
melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir:
‘Apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika
Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah
yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah
memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia
mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin
tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal
berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian. Saya juga teringat dengan
jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang berupa sebagai lelaki segak
dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril bertanya Nabi tentang
Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda Kiamat kerana hanya
Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat. Yang menarik dari
pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi Muhammad SAW
menyebut: ‘..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak
berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan
meninggikan bangunan.’ SubhanAllah! Nabi sebut satu tanda Kiamat dalam
keadaan Mekah masih terlalu daif dan naif fizikalnya. Itulah mukjizat.
Itulah tanda Kiamat. Dan itulah yang bakal kita lihat.
artikel berkaitan:
Menara Abraj Al-Bait atau lebih dikenali sebagai
“Menara Jam Diraja Mekah” adalah sebuah kompleks yang masih dalam
pembinaan di Mekah, Arab Saudi. Pembinaan menara ini dijalankan oleh
syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group.
Jika pembinaan menara ini siap mengikut jadual, ianya akan menjadi
salah sebuah menara yang tertinggi di Arab Saudi dan juga merupakan
sebuah bangunan hotel yang terbesar dan tertinggi di dunia berdasarkan
fakta berikut:
1. Ruang legar yang besar berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi) bersamaan dengan keluasan Terminal 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di UAE.
2. Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang
kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia. Ianya bakal menempatkan
hotel bertaraf 7 bintang.
3. Menempatkan ruang beribadat yang besar bagi menampung seramai 10,000 orang dalam satu-satu masa.
4. Bakal menjadi bangunan ke dua tertinggi di dunia yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2011.
5. Menempatkan pusat beli-belah dan garaj parkir yang boleh menampung ribuan kenderaan pada satu-satu masa.
6. Kawasan kediaman mewah di mana, kawasan kediaman yang paling
tinggi terletak pada ketinggian 450 meter dan ianya berada di bawah jam
tersebut. Jumlah keseluruhan bagi penempatan kawasan kediaman adalah
dianggarkan boleh memuatkan 100,000 orang.
7. Menempatkan jam pada setiap sudut menara (43 × 43 m
(141 × 141 kaki) menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di
dunia.
8. Atap menara adalah 530 m(1,740 kaki) dan ianya bakal menjadikan sebuah menara jam yang paling tinggi di dunia.
9. Ketinggian keseluruhan adalah 601 m (1,972 kaki).
Pembinaan menara ini terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram
yang menempatkan Kaabah yang merupakan salah satu tempat yang paling
suci bagi umat Islam. Bagi memulakan projek pembinaan gergasi ini,
bangunan bersejarah iaitu Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah
Uthmaniyah telah diruntuhkan (Lihat?!)
Kini di awal minggu Ramadhan yang lalu bangunan ini sudah memasuki
fasa percubaan selama 3 bulan untuk menguji sistem yang dipasang dan
lain-lain. Menara yang terletak di kompleks Abraj al-Bait bakal
menggunapakai waktu standad Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada
Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard).
Setiap dari sudut jam ini bakal dipaterikan dengan 2 juta lampu LED
berserta dengan tulisan Arab yang cukup besar yang bertulis “Dengan Nama
Allah”. Selain itu, 21,000 lampu putih dan hijau akan dilengkapkan di
sudut atas jam tersebut dan akan terpancar sehingga 19 batu jauh dengan
menggambarkan dan memberi isyarat sembahyang lima waktu umat Islam.
Selain itu, ianya bakal menjadi satu kemudahan bagi menampung 10 juta
orang Islam yang bakal mengerjakan haji pada setiap tahun.
Mengikut percakapan Mohammed al-Arkubi, pengurus di salah satu hotel
di kompleks menara tersebut melalui telegraph: ‘..Menara jam tersebut
bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi
126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT) yang
menggambarkan sebagai sebuah bekas kolonial oleh sesetengan masyarakat
muslim. Ini akan meletakkan Mekah terkehadapan dari GMT..inilah
sasarannya dan saya amat berbangga dengan pembinaan menara ini ‘
info tambahan terbaharu:
16 pancaran jadi isyarat mula puasa
2011/08/01
2011/08/01
PANCARAN lampu dilakukan di menara jam Makkah bagi mengumumkan permulaan Ramadan di Arab Saudi, semalam.
Menara jam Makkah isytihar Ramadan
MAKKAH: Menara jam diraja Makkah, menara kedua tertinggi di dunia,
mula memancarkan 16 pancaran cahaya hingga ketinggian 10 kilometer
petang semalam bagi mengumumkan permulaan Ramadan.
Pembesar suara juga dipasang di puncak menara bagi memperdengarkan
laungan azan dari Masjidil Haram boleh didengar pada jarak tujuh
kilometer manakala lampu berkuasa tinggi dengan sinaran berwarna putih
dan hijau ketika azan berkumandang boleh dilihat sehingga 30 kilometer.
“Sinaran lampu itu bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai
yang ada masalah pendengaran mengetahui masa solat,” lapor akhbar itu.
Akhbar Arabnews juga menyatakan, permukaan jam berkenaan berwarna
putih manakala jarumnya berwarna gelap ketika siang, bertukar hijau
serta putih pada waktu malam.
Projek mega jam gergasi berkenaan dilaksanakan di menara ke lima
projek Wakaf Raja Abdul Aziz, yang membabitkan pembinaan tujuh menara di
Makkah.“Semua persediaan menerima tetamu Ramadan di hotel penginapan menempatkan menara jam sudah lengkap.Bilik dan suite mempunyai rekaan dalaman bercirikan Islam bagi
menambahkan keindahan Ramadan,” kata pengarah telekomunikasi dan promosi
perniagaan Hotel Antarabangsa Fairmont Raffles di Makkah, Khaled Yamaq.Hotel Menara Jam Makkah mempunyai ketinggian 601 meter dengan 76 tingkat dan 858 suite serta mengadap Masjidil Haram.“Kebanyakan jemaah dari pelbagai negara akan melawat menara itu bagi
melihat lebih dekat seni bina menara jam. Kami menyediakan juadah
berbuka puasa dan sahur untuk 1,000 tetamu dengan menu sajian dari 15
negara,” katanya.
Agensi Media Arab Saudi melaporkan bedilan meriam dilepaskan tujuh kali di Makkah menandakan permulaan Ramadan. – Agensi
komentar: Saya kagum melihat menara hebat ini tetapi tidak berbangga dengannya di saat umat Islam tidak mengagumkan dan hebat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar