40 hadis-tentang-peristiwa-akhir-zaman
- 1. 40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun olehAl-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari an-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungankita bersama.Insyaallah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadianmasa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.Terbitan : Khazanah Banjariyah , Derang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman, 1998
- 2. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________Kandungan HADIS 1: TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN....................................................................................................................................................3 HADIS 2: KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN...................................4 HADIS 3: SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM.....................................5 HADIS 4: ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG.....................................................5 HADIS 5: UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI........................................................................................................................................6 HADIS 6: GOLONGAN ANTI HADITH................................................................................................6 HADIS 7: GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG........................................................................7 HADIS 8: PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU..................................................................................8 HADIS 9: ISLAM KEMBALI DAGANG................................................................................................8 HADIS 10: BAHAYA KEMEWAHAN...................................................................................................9 HADIS 11: UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI....................................10 HADIS 12: SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT......................................11 HADIS 13: ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK........................................................................................................12 HADIS 14: DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG...................................................12 HADIS 15: DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA................................................................................................................................................13 HADIS 16: ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA...................................................................................................................13 HADIS 17: HARTA RIBA WUJUD DI MERATA TEMPAT.............................................................14 HADIS 18: ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR................................................................................................................................14 HADIS 19: SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUAN..........................................................15 HADIS 20: HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT......................................................................................15 HADIS 21: AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ.........................................16 HADIS 22: ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API.....................................................................................................16 HADIS 23: GOLONGAN RUWAIBIDHAH.........................................................................................17 HADIS 24: PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN.............................................................................17 HADIS 25: MASA AKAN MENJADI SINGKAT.................................................................................18 HADIS 26: MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI.......................................................................18 HADIS 27: TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR......................19 HADIS 28: UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN............................................................................19 HADIS 29: KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARA...................................................20 HADIS 30: PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN......................................................................................................................20 HADIS 31: KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH.....................................21 HADIS 32: ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN......................................................................................21 HADIS 33: ISLAM NAMA SAHAJA....................................................................................................22 HADIS 34: AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT.....................................22 HADIS 35: LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA................................23 HADIS 36: LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA..........................................24 HADIS 37: BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN.................................................................25 HADIS 38: BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID......................................................................25 HADIS 39: MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA.............................................................26 HADIS 40: GOLONGAN YANG SELAMAT.......................................................................................26 HADIS 41: LAHIRNYA IMAM MAHADI...........................................................................................27 HADIS 42: SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR..................................................27 2
- 3. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 1:
- TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIRZAMANDaripada Abi Nijih Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami olehRasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kamiketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihatyang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda,"Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar sertataat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihatperselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dansunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahuikebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itudengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bidah) yang diada-adakan,kerana sesungguhnya tiap-tiap bidah itu adalah sesat."(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)Keterangan:Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullahsaw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengankacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini.Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telahdisabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:1) Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua denganmengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.2) Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupunseandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang denganAl Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin, kerana patuhkepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan HadisNabi saw.3) Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin AlMahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapatpetunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahlisunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapatjaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada harikiamat nanti.4) Menjauhi perkara-perkara bidah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yangditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dancontoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yangbaru itu dikatakan bidah menurut pengertian syarak (bukan bidah dholalah) tetapi hanyadinamakan bidah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitu bidah hasanah). 3
- 4. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 2: KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHANDaripada Ummul Muminin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.), beliau berkata,"(Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemassambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan(malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka daridinding Yajuj dan Majuj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jariyang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya(Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkandikalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda: "Ya,jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". (Riwayat Bukhari & Muslim)Keterangan:Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampaubanyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semuaorang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamatakan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dansegala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yangbukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatantersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yangdimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsaArab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yangmenerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya darikalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalammasalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya. Umat Islam adalah banyak bergantungkepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islamadalah bahasa Arab.Kemudian Yajuj dan Majuj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.)yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerahdan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengancampuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalahhampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dankeluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakandipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudahdekat sekali tibanya. 4
- 5. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 3: SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAMDaripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorangsahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab,"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir,dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, danAllah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan". Seorang sahabatbertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dantakut pada mati". (Riwayat Abu Daud)Keterangan:Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hariini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islamwalaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 pendudukdunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsalain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsadari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan danmelumpuhkan kekuatannya. Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalahberpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit “wahan” yangmerupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembardua, iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan."Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalanAllah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidakmembuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untukberkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt. Kita berdoaagar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikankepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.HADIS 4: ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANGDaripada Abdullah bin Amr bin ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw.bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itudengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu denganmematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akanmemilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yangjahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat danmenyesatkan orang lain." (Riwayat Muslim)Keterangan:Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita.Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa initidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payahberganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka 5
- 6. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengankesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alimulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumiini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zamanyang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggalsedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdikpandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaanyang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hariini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.HADIS 5: UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDIDAN NASRANIDaripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demisejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak punkamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi danNasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".(Riwayat Muslim)Keterangan:Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi danNasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah.Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dansempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Zaman sekarang ini kitadapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yangkehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudidan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkapdengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan talibarut mereka. Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.HADIS 6: GOLONGAN ANTI HADITHDaripada Miqdam bin Madikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,"Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di ataskatilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka iaberkata:"Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (Al-Quran) sahaja.Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan".Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt."(Riwayat Abu Daud) 6
- 7. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________Keterangan:Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkarikedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran. Ia hanya percayakepada Al-Quran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dantempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam danpada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani Al-Quran jika tidak merujukkepada hadis Nabi saw.. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garispanduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandunganserta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Olehkerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan Al-Quran sahaja, tetapi iamesti disertai dengan hadis Nabi saw.HADIS 7: GOLONGAN YANG SENTIASA MENANGDaripada Mughirah bin Syu bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sentiasa dikalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka),sehinggasampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".(Riwayat Bukhari)Keterangan:Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt.berjanji akan memelihara kitabnya (Al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demigenerasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminindipermukaan bumi ini.Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga kehari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah denganujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah danmunafiqin, Yahudi dan Nasrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yangberselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani,serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamaddun Baghdadpada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihanberamai-ramai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam diAndalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialisBarat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nasrani yangmempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegipemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya. Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masihlagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentangagama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajariagama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telahhancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi danberpekerti luhur. Walaupun syiar-syiar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di 7
- 8. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________tempat lain syiar-syiar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivisIslam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjungdan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumiini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada masa ituAllah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yangmematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orangyang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat.HADIS 8: PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULUDan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabatbertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab,"Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3)menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,(5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".(Riwayat Hakim)Keterangan:Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat dikalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak danmenjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yangsangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencaridan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Makaapabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macamcara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalahkecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya. Marilah kita merenung maksudhadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!HADIS 9: ISLAM KEMBALI DAGANGDaripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebardalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglahorang-orang yang asing". (Riwayat Muslim)Keterangan:Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangatsedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya.Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh duapertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangandunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islammerasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islamdan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islamdipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang 8
- 9. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktusembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang,maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidakbersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggapsebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih darimasyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagaiumat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang IslamHADIS 10: BAHAYA KEMEWAHANDaripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullahsaw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Musab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannyakecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullahsaw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata keranamengenangkan kemewahan Musab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangatdimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Musab sekarang (ketika berada diMadinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dankekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakahkeadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergidi waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangandiletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamusepertimana kamu memasang kelambu Kabah?". Maka jawab sahabat, "WahaiRasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini.Kami akanmenberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki".Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripadakeadaan kamu di hari itu". (Riwayat Tirmizi)Keterangan:Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatumasa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petangpakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah merekatersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaandemikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalausemuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kitaMuhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untukkita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt.,sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihikeperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan parasahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauhketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita danmenghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk 9
- 10. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yangpernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telahmempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua,sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpunharta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian.Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saatitu sudah tidak berguna lagi penyesalan. Oleh itu janganlah kita lupa daratan dalammencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kirawaktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlahkita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlahdigunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dansuka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalahorang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia initempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.HADIS 11: UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDIDaripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akanberlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaumYahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu ituberkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Danbunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), keranasesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".(Riwayat Bukhari & Muslim)Keterangan:Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin danmenjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupunorang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh danmenyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalamkepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaumYahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberipenolongan kepada mereka. 10
- 11. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 12: SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKITDaripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahukami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudahsaya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahubahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudianturunlah Al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan Al-Qurandan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw.menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu beliau bersabda, "Seseorangitu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudiantertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, laludiambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh ditangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapakatau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudianmengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". KetikaRasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil)lalu menggilingkannya dengan kakinya."Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada adaseorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanyadi kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baikmemegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnyadalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahaldi dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan bijisawi.""Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah diantara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorangIslam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnyaagamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atauYahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku(maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegangkekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hakku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamusemua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".(Riwayat Bukhari & Muslim)Keterangan:Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur danbilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baikuntuk menjaga amanat pun telah khianat pula. Begitulah gambaran masyarakat kita hariini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikulamanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang. 11
- 12. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 13: ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANGJAHAT BERTAMBAH BANYAKDaripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akanberlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadipanas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yangbaik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat beranimelawan orang-orang baik". (Riwayat Thabrani)Keterangan:Di antara tanda-tanda qiamat ialah:1) Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.2) Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.3) Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.4) Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.5) Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.6) Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak seganterhadap mereka.Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yangdisebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yangdisabdakan oleh Rasulullah saw. Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt.menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yangdisebutkan tadi.HADIS 14: DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANGDaripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Selagi akan datang suatumasa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bilaia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatulubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian(pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkankemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalahberpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyaiisteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak keduaorang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalahberpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau darimenepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksudperkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atauorang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka akanmencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana ituia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurangkebinasaan yang akan menghancurkan dirinya". (Riwayat Baihaqi) 12
- 13. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________Keterangan:Benar sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkarayang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalamlumpur kemasiatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupunjiran mereka.HADIS 15: DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNINERAKADaripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yangakan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan(penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untukmemukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlengganglenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di ataskepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidakakan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bauwangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".(Riwayat Muslim)Keterangan:Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang adapada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat,bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yangberpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian punboleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakanbertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kainsahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yangsangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat.Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar,seperti gob unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidakakan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium darijarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.HADIS 16: ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANAMENDAPATKAN HARTADaripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zamanseseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumberyang halal atau pun haram". (Riwayat Muslim)Keterangan:Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme,segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untukmemperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana 13
- 14. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yangharam. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhikehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.HADIS 17: HARTA RIBA WUJUD DI MERATA TEMPATDaripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman,tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidakmemakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya". (Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Hadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.HADIS 18: ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYABUKAN KHAMARDaripada Abu Malik Al-Asyari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw.bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar danmereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan denganbunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalambumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".(Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan merekamengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minumanyang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akanmemberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukankhamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara.Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunanmuzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan. Rasulullah saw. menerangkan bahawagolongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentukkera atau babi. Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demigempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripadaAllah swt. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badanmereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyakmenyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi. 14
- 15. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 19: SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUANDaripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidakada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw.bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyakperzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seoranglelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan." (Riwayat Bukhari & Muslim)Keterangan:Nabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmuagama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaumperempuan. Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaumperempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapatnisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalaukita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuanadalah lebih banyak dari lelaki. Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuanlebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yangbanyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan jugaAllah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dansedikit sekali dari kalangan lelaki.HADIS 20: HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAKBANGUNAN YANG MENCAKAR LANGITDaripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang),…………kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah saw., "Maka khabarkan kepada kutentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebihmengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cubakhabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akanmelahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yangbertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untukmembuat binaan". (Riwayat Muslim)Keterangan:Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyakbilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak.Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Adajuga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakansimbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukansebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahatdan yang sebenarnya jahat dikatakan baik. Tanda kedua pula bilamana orang yang tidakberkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain,tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutangdaripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang 15
- 16. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang padawaktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapatmembuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.HADIS 21: AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQDaripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zamanahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (Riwayat Ibnu Ady)Keterangan:Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahilyang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasiq. Sebenarnya syaitan telahberusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. Oleh kerana itu ia menggunakanbeberapa cara yang berlainan kepada orang-orang yang berlainan pula. Bagi si jahil,syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahilitu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajinmengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebutakan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan. Begitu pula halnyadengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadatdengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkankefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah,bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaansyaitan dalam usahanya. Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakatkita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.HADIS 22: ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYASEPERTI MEMEGANG BARA APIDaripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatuzaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam baraapi”. (Riwayat Tirmizi)Keterangan:Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yanghendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentanganyang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas darigenggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk iamenunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendoronguntuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dankeimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islamtersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan. 16
- 17. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 23: GOLONGAN RUWAIBIDHAHDaripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepadamanusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yangberdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akandisuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yangberpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "ApakahRuwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dansebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan jugatandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianatserta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikanpeluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hinadan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yangdihadapi oleh masyarakat.HADIS 24: PEPERANGAN DEMI PEPERANGANDaripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidakakan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepadakeimanan) dan banyak berlaku al-Harj". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu haiRasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan".(Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaan sabda junjungan kita Nabi saw. Harta bendamelimpah ruah. Banyak alat-alat moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timursehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramaiorang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat danmemperdagangkan alat-alat tersebut. Dan oleh kerana masing-masing tamak dan rakusmaka terjadilah perebutan yang mengakibat berlakunya peperangan demi peperangan.Dari semasa ke semasa peperangan berkobar dengan tiada henti-hentinya. Padam di suatutempat menyala pula ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari. Semakinmaju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklahbercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada etika kemanusiaan yangdidukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari iniadalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yangrakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusian itusendiri. Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalahsampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat. 17
- 18. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 25: MASA AKAN MENJADI SINGKATDaripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadiqiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dansebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan seharidirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".(Riwayat Tirmizi)Keterangan:Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudahterlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akansibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlaludengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengansingkatnya masa. Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnyamasa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan olehImam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapatkita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkarayang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.HADIS 26: MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMIDaripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw.sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itutelah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabatberkata: "Hai Rasulullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw.menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akanmenguruskannya adalah orang-orang yang jahat". (Riwayat Baihaqi)Keterangan:Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yanglalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah,petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita danmerupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat. 18
- 19. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 27: TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANGSUBURDaripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; "Tidak akan terjadiqiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialirisungai-sungai". (Riwayat Muslim)Keterangan:Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyakmelihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telahmulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya,Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenalisebagai padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafahdipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh dibawah naungannya. Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun iamengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruhmakhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran pentingyang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjahtahun Hijriyah.HADIS 28: UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMANDaripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamuberamal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yangsangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petangdia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman diwaktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjualagamanya dengan sedikit dari mata benda dunia." (Riwayat Muslim)Keterangan:Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujiaan terhadap imanseseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadikafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang,tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yangberlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu harisahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendakmendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripadaiman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yanghatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu". Mudah-mudahan Allah swt. menjadikankita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu AllahSwt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini. 19
- 20. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 29: KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARADaripada Ma’qil bin Yasar ra. berkata Rasulullah bersabda: "Beribadat di saat-saat huruhara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku". (Riwayat Muslim)Keterangan:Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yangpenuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingatiAllah swt. di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yangmelalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan olehkaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw. Mudah-mudahan kita termasuk di kalanganmereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangatmenyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikanoleh Rasulullah saw. tadi.HADIS 30: PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ)KERANA MEREBUT KEKAYAANDaripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; Tidak terjadi hariqiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq)menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orangyang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripadaseratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan;"Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampakperbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah iamengambil sesuatu pun daripada harta itu". (Riwayat Bukhari & Muslim)Keterangan:Hadis ini jelas sekali menerangkan bahawa di kawasan Iraq dan disekitarnya akanberkobar peperangan yang berpunca dari merebutkan kekayaan yang ada di sana danramai yang terkorban dan masing-masing pihak bercita-cita seandainya merekalah yangterselamat. 20
- 21. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 31: KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAHDaripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda;"Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidakdapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang bolehmenjadi imam". (Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yangtelah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudahmenghala ke sana. Banyak kampung-kampung yang tidak mempunyai Tok Imam yangbenar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya,masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syariat. Mereka yang berilmu pula ramaiyang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang jahil.Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga keperingkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.HADIS 32: ULAMA TIDAK DIPEDULIKANDari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Ya Allah! Jangankau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masadi mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidakdisegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka sepertilidah orang Arab (pada fasihnya)." (Riwayat Ahmad)Keterangan:Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan olehRasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takutmendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak seganlagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang,sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa egodan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakapdan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikatorang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam danmemangsa musuhnya. 21
- 22. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 33: ISLAM NAMA SAHAJADaripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampirsampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya,dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid merekatersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahatmakhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dankepada mereka fitnah ini akan kembali". (Riwayat Baihaqi)Keterangan:Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh darigambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianyasudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su yangmenjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisitugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.HADIS 34: AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKATDaripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Islam akanluntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai),sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkandengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yangdimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan Al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya)tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yangtinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenekmoyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannyajuga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuatoleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan merekasudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dansedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya).Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkanmukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehinggaakhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada apineraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali). (Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Hadis di atas tadi menerangkan kepada kita bahawa pada suatu masa nanti:1. Ilmu tentang Islam akan diangkat.2. Al-Quran juga akan diangkat daripada permukaan bumi ini.3. Orang ramai hanyalah mengenali beberapa istilah Islam, tetapi mereka tidakmemahami apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah itu. 22
- 23. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________4. Begitu pula mereka hanya sekadar mampu mengucapkan kalimat "Lailaha illallah",tetapi mereka tidak memahami apa tuntutan kalimat suci itu terhadap mereka.Walau bagaimana pun Allah swt. dengan belas kasihannya masih menghargai keimananmereka yang sedikit itu dan akan memasukkan mereka ke dalam syurga.HADIS 35: LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKANBALADaripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “Apabila umat ku telahmembuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.3. Zakat dijadikan hutang.4. Suami memperturutkan kehendak isteri.5. Anak derhaka terhadap ibunya,6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).13. Para artis-artis disanjung-sanjung.14. Muzik banyak dimainkan.15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau punmereka akan dirobah menjadi makhluk lain". (Riwayat Tirmizi)Keterangan:Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini,cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir. 23
- 24. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 36: LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYADaripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatuhari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telahdibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagikamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu.Perkara-perkara itu ialah:1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterusterang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Thaun yang cepat merebakdi kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernahmenimpa umat-umat yang telah lalu.2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akandibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalanganpepimpin mereka.3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka airhujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini)tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akanmenguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagiandaripada apa yang ada di tangan mereka.5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yangterkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".(Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Hadis di atas menerangkan bahawa:1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyatyang mengurangkan sukatan dan timbangan.3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaumMuslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpuncadaripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripadamengenepikan hukum-hukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagaiundang-undang di dalam kehidupan. 24
- 25. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 37: BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURANDaripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi saw. sedang beradadalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datangseorang Arabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., "Bilakah akanterjadi hari qiamat?". Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagianyang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itutidak disukainya". Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliau tidak mendengarpertanyaan itu". Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda,"Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?" Lalu Arab Badwi itu menyahut,"Ya! Saya hai Rasulullah". Maka Nabi saw. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakanmaka tunggulah hari qiamat". Arab Badwi ini bertanya pula, "Apa yang dimaksudkandengan mensia-siakan amanah itu"? Nabi saw. menjawab, "Apabila urusan diserahkankepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat". (Riwayat Bukhari)Keterangan:Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, sedangkanorang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi peluang yangsewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama lagi akan terjadi.HADIS 38: BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJIDDari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi)hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".(Riwayat Abu Daud)Keterangan:Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megahdengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megahdengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidakkepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yangindah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintirmanusia sahaja. 25
- 26. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 39: MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIADaripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhirzaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Merekamenunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan merekalebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengankelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demikebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi dikalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadibingung (dengan sebab fitnah itu)". (Riwayat Tirmizi)Keterangan:Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang-orang yang menjadikanagama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agamauntuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia denganhukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan.Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yangmemikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-matatimbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain danjuga menipu diri mereka sendiri. Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangattajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buahfikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalanbuntu dalam permasalahan yang dihadapi.HADIS 40: GOLONGAN YANG SELAMATDaripada Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Umat Yahudi telahberpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahajayang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telahberpecah-belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golonganmasuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tigagolongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akanmasuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw. menjawab, "Merekaadalah jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah). (Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Yang di maksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah golongan yang tetapberpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sababat dan salafus-shaleh, atan pun yang diistilahkan oleh para ulama dengan golongan"Ahlus Sunnah wal Jamaah". Selain dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadipenghuni neraka. 26
- 27. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________HADIS 41: LAHIRNYA IMAM MAHADIDaripada Abdullah bin Masud r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Dunia tidak akanhilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripadakeluarga ku (keturunan ku) yang namanya sama dengan namaku". (Riwayat Tirmizi)Keterangan:Hadis ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan qiamat sehinggalahbangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang lelaki keturunan Rasulullahsaw., iaitu Imam Mahdi. Ia akan melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini dan akandiikuti oleh seluruh kaum muslimin. Ia akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudiankeluarlah Dajal dan turun pula Nabi Isa alaihis salam, dan Nabi Isalah yang akanmembunuh Dajjal itu. Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan lahir disaat umatIslam berpecah-belah dan dimasa pemerintahannya semua umat Islam akan bersatu danberjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada di dunia ini dibawah kekuasaan Islam.HADIS 42: SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESARDaripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw.dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yangkamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat".Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihatsebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap,Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryamalaihissalam, Ya’juj dan Majuj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat danyang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arahnegeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(Riwayat Muslim)Keterangan:Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalahtanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.Sepuluh tanda itu ialah:1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema dikalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakanramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakapbahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidaklagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukungpemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan 27
- 28. 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN______________________________________________________segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuhDajjal.6. Keluarnya bangsa Yajuj dan Majuj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumiini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampurtembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunyapada zaman dahulu.7. Gempa bumi di Timur.8. Gempa bumi di Barat.9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akanbermula dari arah negeri Yaman.Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliaumengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini.Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turundari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaantanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang manakejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu.Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang mataharipada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.Saidina Umar al-Khathab r.a. berkata, "Hitung-hitunglah dirimu sendiri sebelum kamudihitung, dan timbang-timbanglah dirimu terlebih dahulu sebelum kamu ditimbang, danbersiap-siaplah untuk menghadapi alam terbuka yang besar (Padang Mahsyar)."Wallahu alam bish-shawab. 28
Tidak ada komentar:
Posting Komentar