Sejauh manakah pengetahuan anda mengenai sejarah Empayar Khazaria?
Khazaria adalah sebuah kerajaan milik Yajuj Majuj sebelum mereka
dikurung di sebalik tembok Zulkarnain. Sehingga tiba masanya, tembok
tersebut telah runtuh dan mereka (Khazars) telah bertebaran ke seluruh
pelusuk dunia, terutamanya Eropah.
Analisis : Samada Tembok Yakjuj Makjuj Telah Terbuka
Deklarasi penubuhan negara Israel di Tel Aviv
Tembok
menyekat kaum Yajuj Majuj telah lama terbuka apabila orang Yahudi
kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada
tahun 1948. Allah SWT telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan
kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:
…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj dan Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi…” (al-Anbiyaa : 95-96)
“Penduduk”
dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Yajuj
Majuj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat
yang tinggi” bermaksud Yajuj Majuj menguasai dan menjajah keseluruhan
aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.
Allah SWT
malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait
al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Yajuj Majuj terbuka dan
mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?
Ini
bermaksud tembok telah terbuka dan Yajuj Majuj telah lama menguasai
pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalui agenda puak Khazar,
iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di
dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Yajuj Majuj. Mereka malahan boleh
dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu
menghalang mereka daripada menghancurkan Palestin. Pelbagai cara
dilakukan Yahudi Zionis untuk melemahkan umat islam. Lihat video yang menggemparkan di sini sebagai bukti mereka telah keluar dari tembok yang telah lama roboh.
Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Yajuj Majuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:…Maka mereka… tidak dapat menebuknya… (al-Kahfi: 97)
Ayat
menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu
tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun
di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah
SWT, iaitu apabila Allah SWT mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan.
Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahwa Nabi SAW bersabda:Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya`juj dan Ma`juj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab binti Jahsyin radhiyallahu ‘anha)
Apakah
maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang
menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan
Allah SWT telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang
membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan
berlubang jika tidak boleh ditebuk!
Oleh itu
fakta tembok berlubang membuktikan Yajuj Majuj dilepaskan semasa zaman
kehidupan Rasulullah SAW di Madinah, iaitu selepas Allah SWT menukarkan
kiblah ke arah Kabbah pada Rejab 2 AH (624 AD). Meraka yang masih
berpegang Yajuj dan Majuj dilepaskan selepas Dajjal, akan terus menerus
menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan Yajuj dan Majuj
tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali
kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri
sendiri jawapan bagi persoalan di bawah :
(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96).
(b) Rasulullah saw menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahfi:97)
(c)
Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran
dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak
tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih
terang dan tetap tidak berubah-ubah.
Sejarah Khazaria
Kerajaan Khazars
lenyap dari peta dunia beberapa abad yang lalu. Dewasa ini banyak orang
yang tidak pernah mendengar mengenai kewujudannya, namun pada waktu itu
Kerajaan Khazars (Khazaria) merupakan satu kuasa yang sangat penting,
memperluaskan kerajaannya dengan penaklukan. Kekuatan Khazaria waktu itu
dinilaikan oleh kedua negara jirannya. Di sebelah Selatan dan Barat,
berdirinya Empayar Byzantium yang maju dengan peradaban Timur Kristian
Ortodoks. Di sebelah Tenggara, kerajaan Khazar bersempadan dengan
Empayar Islam Kekhalifahan Arab yang sedang mengembangkan kekuasaannya.
Sejarah bangsa Khazar dipengaruhi oleh kedua-dua buah empayar ini, namun
fakta yang lebih penting ialah kerajaan Khazar mendiami wilayah yang
kemudian menjadi bahagian selatan wilayah Rusia yang terletak antara
Laut Hitam dan Laut Kaspia.
Pada tahun 1976, sebuah buku mengenai
bangsa Khazars diterbitkan oleh seorang penulis Inggeris (seorang Yahudi
Khazars) bernama Arthur Koestler. Bukunya berjudul, The Thirteenth Tribe – The Khazar Empire And Its Heritage (Suku Bangsa Ketiga Belas – Kekaisaran Bangsa Khazar dan Warisannya).
Sejarah mencatat bahawa bangsa Khazars
terdiri dari campuran bangsa Mongol, Turki dan Finland. Dalam awal abad
ke-3 M, mereka dapat dikenal dengan kesejahteraannya di wilayah Persia
dan Armenia. Kemudian pada abad ke-5, bangsa Khazars berada diantara
gerombolan Attila, bangsa Hun. Sekitar tahun 550 M, bangsa Khazars yang nomad, mereka mulai menetap di wilayah sebelah Utara Caucasus antara Laut Hitam dan Laut Kaspia. Ibukota kerajaan Khazars adalah Atil
dibangun dihulu Sungai Volga yang mengalir ke Laut Kaspia, dalam rangka
mengawall lalu lintas sungai. Bangsa Khazars kemudian memungut cukai
10% setiap muatan yang melintasi Atil di sungai Volga. Mereka yang
menolak akan diserang dan di bantai.
Lokasi Caucasus
Akhirnya
kerajaan Khazars dibangun di Caucasus, bangsa Khazars secara perlahan
mula mencipta sebuah jajahan rakyat yang ditaklukinya. Khazars terus
melakukan perluasan wilayahnya termasuk menakluk suku Slavonic,
yang cintakan keamanan berbanding bangsa Khazars. Wilayah Slavonic
dijadikan sebahagian dari jajahan bangsa Khazar, dan rakyatnya diminta
untuk menghormati/tunduk kepada Kerajaan Khazar. Tentu saja penghormatan
yang dilakukan oleh rakyat yang dikalahkan selalu merupakan
keistimewaan, tetapi bukan cara Khazars. Apa yang disebutnya sebagai
Jajahan Agung dunia selalu memberikan sesuatu sebagai balasannya atas
sesuatu yang diberikannya. Empayar Rom, misalnya, rakyat yang telah
ditakluki dijadikan warganegaranya dan sebagai balasannya, mereka
(penguasa Rom) membawa peradaban, tata tertib dan perlindungan dari
serangan musuh.
Namun tidak
terjadi di wilayah jajahan bangsa Khazar. Rakyat yang menjadi ‘subjek’
bagi Khazars hanya menerima ganjaran sebagai balasan atas pembayaran
atau hadiah yang diberikan, dan itu adalah janji yang tidak jelas.
Bangsa Khazars akan menahan serangan selama mereka memberi sesuatu
sebagai tanda menjadi negeri naungan. Namun penduduk di Jajahan Khazar
tidak lebih daripada korban kepada penjajah. Oleh sebab itu, Maharaja
Khazar tidak disukai baik di dalam negeri mahupun di luar negeri, tetapi
mereka juga ditakuti kerana kekejamannya terhadap siapa saja yang
menentangnya. Dan kemudian Wilayah Jajahan Khazar diperluas ke arah
utara sampai ke Kiev
(Kiev kini sebuah ibukota Ukraine), di Sungai Dnieper. Kiev merupakan
kota terbesar di Ukraine dan juga sebagai kota pelabuhan utama. Salah
satu kota tertua Eropah, dan sebagai pusat perdagangan pada awal abad
ke-5 dan menjadi ibukota Kievan Russia pada abad ke-9 dan di Barat
termasuk Magyars, nenek moyang orang Hungry moden.
Sekitar
tahun 740M, terjadi sebuah peristiwa. Bangsa Khazars di bawah tekanan
terus menerus dari dua empayar berjiran dengannya, Byzantium dan Muslim,
apakah menerima agama Kristian atau Islam, akan tetapi penguasa bangsa
Khazar, yang disebut Khakan, mendengar ada agama ketiga iaitu Judaisme
atau Yahudi. Atas alasan-alasan kelangsungan politik, Khakan mengumumkan
bahwa bangsa Khazars menerima Judaisme sebagai agama mereka. Dalam
waktu satu malam seluruh kelompok baru, bangsa Khazars yang suka
berperang, tiba-tiba mendakwa diri mereka sebagai Yahudi dan menerima
Yahudi. Kerajaan Khazar mulai dikenali sebagai ‘Kerajaan Yahudi’ oleh
sejarawan pada waktu itu. Pewaris penguasa Khazar telah mengambil nama
Yahudi, dan selama akhir abad ke-9, kerajaan Khazar menjadi tempat
perlindungan bagi orang-orang Yahudi dari tempat lain.
Sementara
itu kekejaman penguasa Khazar terhadap penduduk yang ditaklukinya tetap
tidak berubah. Namun kemudian selama abad ke-8 muncul kuasa baru,
berasal dari sungai besar Dnieper, Don dan Volga iaitu bangsa Vikings
dari sebelah timur. Mereka dikenali sebagai bangsa Varancians, atau
bangsa Rus. Seperti bangsa Vikings lainnya, bangsa Rus penjelajah tulen
dan merupakan pejuang yang gagah, namun ketika berhadapan dengan bangsa
Khazars, bangsa Rus seringkali tewas dan membayar upeti seperti yang
lainnya.
Pahlawan Vikings yang terkanal dengan topi tanduknya
Pada tahun 862, seorang pemimpin bangsa Rus bernama Rurik membangunkan kota Novgorod,
dan bermula dari sinilah kemudiannya lahirnya bangsa Rusia. Bangsa Rus
Vikings berdiam diantara suku bangsa Slavonic di bawah kekuasaan Khazar,
dan perjuangan antara bangsa Vikings dan Khazars berubah dalam
karakternya, dan menjadi perjuangan oleh bangsa Rusia yang sedang tumbuh
untuk merdeka dari tekanan Khazar.
Prince Vladimir of Kiev
Lebih dari seabad kemudian setelah didirikannya kota pertama di Rusia, terjadi peristiwa penting lainnya. Pemimpin Rusia, Prince Vladimir of Kiev,
memeluk agama Kristian pada tahun 989. Dia aktif menyebarkan agama
Kristian di Rusia, dan sebagai ‘peringatan’ oleh warga Rusia kini, ia
disebutnya ‘Saint Vladimir’ dan dengan demikian tradisi Rusia sebagai
sebuah bangsa Kristian dimulai sejak seribu tahunan lalu. Sebagai
hasilnya, sejarah menentukan bangsa Rusia dan bangsa Khazars menjalin
hubungan yang masih terjadi sampai dengan hari ini.
Pertukaran
agama Vladimir juga menghubungkan Rusia dengan Empayar Byzantium.
Penguasa Byzantium sering gentar pada bangsa Khazars sementara bangsa
Rusia masih berjuang untuk membebaskan dirinya dari tekanan bangsa
Khazars. Pada tahun 1016, gabungan bangsa Rusia dan Byzantium
telah menyerang kerajaan Khazar sehingga empayar misteri ini
hancur-lebur dan hampir lenyap di mamah api peperangan.
Akhirnya kebanyakan Yahudi Khazar berimigrasi ke wilayah lain.
Kebanyakan dari mereka berhenti dan menetap di Eropah Timur, dimana
mereka berhubungan dan berkahwin dengan Yahudi yang lainnya. Seperti
Yahudi Semit 1000 tahun yang lalu, Yahudi Khazar kemudian tersebar ke
pelbagai wilayah. Kerajaan Khazars sudah tidak ada lagi.
Setelah
bangsa Khazars berpindah dan hidup bersama bangsa Yahudi, Yahudi Khazar
meninggalkan warisan yang berbeza dari Yahudi yang lainnya, dari
generasi ke generasi. Satu unsur warisan Yahudi Khazar adalah sebuah
bentuk militan dari Zionisme. Dalam pandangan Yahudi Khazar, wilayah
yang didiami oleh Israel kuno harus diambil kembali bukan dengan sebuah
keajaiban akan tetapi dengan cara kekuatan senjata. Inilah yang
dimaksudkan dengan Zionisme dewasa ini, dan kekuatan ini yang
menciptakan bangsa yang menyebut dirinya sebagai Israel dewasa ini.
Ramuan penting warisan Yahudi Khazar adalah kebencian terhadap agama
Kristian, dan bangsa Rusia unggul dalam kepercayaan Kristian. Agama
Kristian dipandang sebagai kekuatan yang meruntuhkan Kerajaan Yahudi
pada masa lalu yang disebut Kerajaan Khazaria.
Dewasa ini
mereka banyak yang berkuasa di Rusia, Yahudi Khazar masih ingin
mendirikan kembali kekuasaannya dan sudah satu dekad mereka berupaya
secara terus-menerus untuk melakukan hal tersebut. Pada tahun 1917,
Yahudi Khazar melepasi satu ‘batu loncatan’ ke arah penubuhan negara
mereka di Palestin.
Pada tahun yang sama mereka juga telah mencipta Revolusi Bolshevik di Rusia, melalui ideologi Komunisme, diikuti dengan peristiwa Holocaust (kononnya
satu pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Yahudi tetapi hakikatnya,
pembunuhan Yahudi anti-Zionisme), kejadian seperti itu tidak pernah
diketahui oleh dunia. Yahudi Khazar sekali lagi mengawal Rusia setelah
lebih dari 900 tahun, dan kemudian mereka merancang untuk menghancurkan
orang-orang Kristian Rusia. Dengan itu, lebih daripada 100 juta orang
Kristian dibunuh, pada waktu yang sama lebih dari 20 juta orang yang
beragama Yahudi (anti-Zionis) juga mati ditangan Yahudi Khazar.
Ini adalah
apa yang ditentang oleh orang-orang Kristian Rusia dalam perjuangannya
selama 60 tahun untuk menggulingkan rejim atheis Bolshevik,
namun pada akhirnya mereka berjaya merobohkan aktivitinya dan kini
setelah 1000 tahun, peperangan antara Kristian Rusia dengan Yahudi
Khazar, makin menghampiri klimaksnya.
Rabbi Joel Teitelbaum
Pada 19 Ogos 1979, Rabbi Joel Teitelbaum
didapati meninggal dunia di New York. Joel meninggal pada pagi hari dan
dikuburkan tengah hari hari pada hari yang sama. Meskipun pengumuman
yang dibuat sangat mendadak, namun 100,000 orang pemuda Yahudi telah
datang pada ketika pengubumian. Sukar untuk dibayangkan, kerana dalam
tempoh yang singkat itu, lebih dari seratus ribu orang lagi yang tidak
dapat datang. Sebulan kemudian, pada tanggal 18 September, pengikutnya
menaburkan bunga di tugu peringatan, dan memasang iklan dalam surat
kabar “New York Times,” yang jelas pesanan yang ditujukan kepada orang
Yahudi. Iklan itu memuat pernyataan yang diantaranya dikutip, mengatakan
:
Dia adalah seorang pemimpin semua orang Yahudi dimana saja yang tidak perlu dipersoalkan lagi, yang tidak terjangkiti fahaman Zionis.
Dengan keberaniannya yang sangat jarang pada masa kini, dia menyebut negara Zionis ‘sebuah karya Syaitan’, sebuah penyekutuan (menyekutu) dan penghinaan kepada Tuhan.’ Menurutnya, menumpahkan darah untuk kepentingan negara Zionis adalah menjijikan.
Kata-kata
ini diucapkan oleh Yahudi Orthodox ketika memperingati kematian pemimpin
mereka. Dan penguasa baru Kristian Rusia juga setuju, bahawa negara
Zionis Israel dianggap sebagai palsu, jahat dan berbahaya serta
memperbodohkan baik pihak Kristian mahupun Yahudi. Negara Khazar yang
disebut kononnya sebagai sebuah “Kerajaan Yahudi” (Khazaria) beribu
tahun yang lalu adalah parasit, hidup dari hasil upeti dari rakyat yang
ditaklukinya. Demikian juga sekarang ini, kelangsungan hidup Israel tergantung atas aliran bantuan yang tidak pernah berhenti dari luar.
Bangsa Rusia sejak ratusan tahun lalu percaya bahawa Yahudi Khazar akan
menghancurkan agama Kristian dengan bantuan fahaman Zionis.
Sumber: http://aku-macjay.blogspot.com/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar