40 hadis-tentang-peristiwa-akhir-zaman







-
1.
40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman40 Hadith tentang Peristiwa Akhir
Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun olehAl-Fadhil Ustaz Abu
Ali al-Banjari an-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungankita
bersama.Insyaallah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil
iktibar dengan kejadianmasa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk
kepada orang-orang yang bertakwa.Terbitan : Khazanah Banjariyah ,
Derang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman, 1998
-
2.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________Kandungan
HADIS 1: TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR
ZAMAN....................................................................................................................................................3
HADIS 2: KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN
PEMUSNAHAN...................................4 HADIS 3: SELURUH DUNIA
DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM.....................................5
HADIS 4: ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR
HILANG.....................................................5 HADIS 5:
UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN
NASRANI........................................................................................................................................6
HADIS 6: GOLONGAN ANTI
HADITH................................................................................................6
HADIS 7: GOLONGAN YANG SENTIASA
MENANG........................................................................7
HADIS 8: PENYAKIT UMAT-UMAT
DAHULU..................................................................................8
HADIS 9: ISLAM KEMBALI
DAGANG................................................................................................8
HADIS 10: BAHAYA
KEMEWAHAN...................................................................................................9
HADIS 11: UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG
YAHUDI....................................10 HADIS 12: SIFAT AMANAH AKAN
HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT......................................11
HADIS 13: ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH
BANYAK........................................................................................................12
HADIS 14: DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN
SESEORANG...................................................12 HADIS 15:
DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI
NERAKA................................................................................................................................................13
HADIS 16: ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN
HARTA...................................................................................................................13
HADIS 17: HARTA RIBA WUJUD DI MERATA
TEMPAT.............................................................14
HADIS 18: ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN
KHAMAR................................................................................................................................14
HADIS 19: SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK
PEREMPUAN..........................................................15
HADIS 20: HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG
MENCAKAR
LANGIT......................................................................................15
HADIS 21: AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG
FASIQ.........................................16 HADIS 22: ORANG YANG
BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA
API.....................................................................................................16
HADIS 23: GOLONGAN
RUWAIBIDHAH.........................................................................................17
HADIS 24: PEPERANGAN DEMI
PEPERANGAN.............................................................................17
HADIS 25: MASA AKAN MENJADI
SINGKAT.................................................................................18
HADIS 26: MUNCULNYA GALIAN-GALIAN
BUMI.......................................................................18
HADIS 27: TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG
SUBUR......................19 HADIS 28: UJIAN DAHSYAT TERHADAP
IMAN............................................................................19
HADIS 29: KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU
HARA...................................................20 HADIS 30:
PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT
KEKAYAAN......................................................................................................................20
HADIS 31: KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG
BERJEMAAH.....................................21 HADIS 32: ULAMA TIDAK
DIPEDULIKAN......................................................................................21
HADIS 33: ISLAM NAMA
SAHAJA....................................................................................................22
HADIS 34: AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN
DIANGKAT.....................................22 HADIS 35: LIMA BELAS
MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA................................23
HADIS 36: LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN
BALASANNYA..........................................24 HADIS 37: BILAKAH
AKAN TERJADI
KEHANCURAN.................................................................25
HADIS 38: BERMEGAH-MEGAH DENGAN
MASJID......................................................................25
HADIS 39: MENGGADAIKAN AGAMA KERANA
DUNIA.............................................................26
HADIS 40: GOLONGAN YANG
SELAMAT.......................................................................................26
HADIS 41: LAHIRNYA IMAM
MAHADI...........................................................................................27
HADIS 42: SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG
BESAR..................................................27 2
-
3.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 1:
- TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIRZAMANDaripada Abi Nijih
Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami olehRasulullah
saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air
kamiketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah
ini adalah nasihatyang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada
kami." Lalu baginda pun bersabda,"Aku berwasiat akan kamu supaya
sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar sertataat (kepada pemimpin)
sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.Sesungguhnya
sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan
melihatperselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh
dengan sunnahku dansunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin
(Khalifah-khalifah yang mengetahuikebenaran dan mendapat pimpinan ke
jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itudengan gigi geraham dan
jauhilah perkara-perkara yang baru (bidah) yang diada-adakan,kerana
sesungguhnya tiap-tiap bidah itu adalah sesat."(Riwayat Abu Daud dan
Tirmizi)Keterangan:Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat
berharga daripada Rasulullahsaw. bagi umatnya, terutama bila mereka
berhadapan dengan zaman yang penuh dengankacau bilau dan perselisihan
iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini.Oleh itu
sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang
telahdisabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:1) Hendaklah ia
menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua denganmengerjakan
segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.2) Mentaati
perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin
walaupunseandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka
berpegang denganAl Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa
Ar Rasyidin, kerana patuhkepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini
bererti patuh kepada Al Quran dan HadisNabi saw.3) Berpegang teguh
kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin AlMahdiyin
(Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah
mendapatpetunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman
dan amalan ahlisunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini
sahaja yang mendapatjaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah
mendapatkan syurga pada harikiamat nanti.4) Menjauhi perkara-perkara
bidah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yangditambah kepada
agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal
dancontoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah
perkara-perkara yangbaru itu dikatakan bidah menurut pengertian syarak
(bukan bidah dholalah) tetapi hanyadinamakan bidah menurut pengertian
loghat atau bahasa sahaja (iaitu bidah hasanah). 3
-
4.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 2:
KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHANDaripada Ummul Muminin ,
Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.), beliau berkata,"(Pada suatu
hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan
cemassambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa
Arab dari kejahatan(malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada
hari ini telah terbuka daridinding Yajuj dan Majuj seperti ini", dan
Baginda menemukan ujung jari dan ujung jariyang sebelahnya (jari
telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya(Zainab
binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa
sedangkandikalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?" Lalu Nabi
saw. bersabda: "Ya,jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". (Riwayat
Bukhari & Muslim)Keterangan:Hadis di atas menerangkan bahawa apabila
di suatu tempat atau negeri sudah terlampaubanyak kejahatan,
kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semuaorang yang
berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi
orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing
pada hari qiamatakan diperhitungkan mengikut amalan yang telah
dilakukan.Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah
segera dibasmikan dansegala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan,
supaya tidak terjadi malapetaka yangbukan sahaja akan menimpa
orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatantersebut, tetapi
ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.Dalam hadis di
atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi
yangdimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan
disebutkan bangsaArab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri
dari kalangan mereka, dan yangmenerima Islam pada masa permulaan
penyebarannya adalah kebanyakannya darikalangan bangsa Arab dan sedikit
sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalammasalah yang
berkaitan dengan maju-mundurnya. Umat Islam adalah banyak
bergantungkepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada
itu, bahasa rasmi Islamadalah bahasa Arab.Kemudian Yajuj dan Majuj pula
adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.)yang dahulunya banyak
membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerahdan kediaman
mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengancampuran
besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar,
sehinggalahhampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang
kuat tadi akan hancur dankeluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman
mereka lalu kembali membuat kerosakandipermukaan bumi ini. Apabila ini
telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudahdekat sekali
tibanya. 4
-
5.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 3:
SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAMDaripada Tsauban r.a.
berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa dimana
bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan
orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka
salah seorangsahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari
itu?" Nabi saw. menjawab,"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,
tetapi kamu umpama buih di waktu banjir,dan Allah akan mencabut rasa
gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, danAllah akan
mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan". Seorang
sahabatbertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab,
"Cinta pada dunia dantakut pada mati". (Riwayat Abu
Daud)Keterangan:Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw.
Keadaan umat Islam pada hariini, menggambarkan kebenaran apa yang
disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islamwalaupun mereka mempunyai
bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 pendudukdunia), tetapi
mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan
bangsa-bangsalain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan
sebagainya. Bangsa-bangsadari seluruh dunia walau pun berbeza-beza
agama, mereka bersatu untuk melawan danmelumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalahberpunca dari dalam
diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit “wahan”
yangmerupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam
bentuk kembardua, iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”. Kedua-dua
penyakit ini tidak dapat dipisahkan."Cinta dunia" bermakna tamak, rakus,
bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalanAllah swt. Manakala
“takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidakmembuat
persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan
untukberkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah
swt. Kita berdoaagar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum
muslimin dan memberikankepada mereka kejayaan di dunia dan di
akhirat.HADIS 4: ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANGDaripada Abdullah
bin Amr bin ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw.bersabda,
"Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu
itudengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan
ilmu itu denganmematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim
ulama, orang ramai akanmemilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin
mereka. Maka apabila pemimpin yangjahil itu ditanya, mereka akan
berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat danmenyesatkan orang
lain." (Riwayat Muslim)Keterangan:Sekarang ini alim-ulama sudah
berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita.Kalau peribahasa
Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa initidak
tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang
payahberganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong
dari Ulama. Maka 5
-
6.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________pada masa itu
sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh
dengankesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup.
Sebenarnya, alimulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan
manusia di permukaan bumiini. Maka apabila telah pupus alim ulama,
hilanglah segala sesuatu yang bernilai.Di ahir-akhir ini kita telah
melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zamanyang dinyatakan
oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya
tinggalsedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat
perhatian yang sewajarnya.Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang
mendapat perhatian daripada cerdikpandai. Mereka banyak mengutamakan
pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaanyang dapat meraih
keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di
hariini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan
untuk menyelesaikannya.HADIS 5: UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH
YAHUDIDAN NASRANIDaripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya
Rasulullah saw. bersabda,"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat
sebelum kamu, sejengkal demisejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga
jikalau mereka masuk ke lubang biawak punkamu akan mengikuti mereka.”
Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi danNasrani yang kau
maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".(Riwayat
Muslim)Keterangan:Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun
"carahidup” orang-orang Yahudi danNasrani, hinggalah dalam urusan yang
kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah.Contohnya, jikalau orang
Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dansempit sekali
pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Zaman sekarang ini
kitadapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang
Islam yangkehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru
“carahidup” Yahudidan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai
orang Islam yang telah terperangkapdengan tipu helah Yahudi dan Nasrani
dan ramai pula orang yang menjadi alat dan talibarut mereka. Ya Allah!
Selamatkanlah kami daripada mereka.HADIS 6: GOLONGAN ANTI HADITHDaripada
Miqdam bin Madikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda,"Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang
duduk bersandar di ataskatilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah
hadis daripada hadisku maka iaberkata:"Pegangan kami dan kamu hanyalah
kitabullah (Al-Quran) sahaja.Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami
halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan".Kemudian Nabi saw.
melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw.
samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt."(Riwayat Abu
Daud) 6
-
7.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________Keterangan:Lelaki
yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang
mengingkarikedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas
Al-Quran. Ia hanya percayakepada Al-Quran sahaja. Baginya, hadis tidak
perlu untuk dijadikan sumber hukum dantempat rujukan. Golongan ini tidak
syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam danpada realitinya
seseorang itu tidak akan dapat memahani Al-Quran jika tidak
merujukkepada hadis Nabi saw.. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang
besar dan garispanduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk
memperincikan isi dan kandunganserta kehendak ayat-ayatnya serta
menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Olehkerana itu, syariat tidak
akan sempurna kalau hanya dengan Al-Quran sahaja, tetapi iamesti
disertai dengan hadis Nabi saw.HADIS 7: GOLONGAN YANG SENTIASA
MENANGDaripada Mughirah bin Syu bah r.a. berkata: Rasulullah saw.
bersabda, "Sentiasa dikalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam
perjuangan mereka),sehinggasampailah suatu saat yang dikehendaki oleh
Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".(Riwayat Bukhari)Keterangan:Allah
swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu
Allah swt.berjanji akan memelihara kitabnya (Al-Quran) dan memastikan
lahirnya generasi demigenerasi yang akan memikul tugas dakwah hingga
tetap wujud golongan mukminindipermukaan bumi ini.Kalau kita meneliti
sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga kehari
ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang
sejarah denganujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan
musyrikin di Mekah danmunafiqin, Yahudi dan Nasrani di Madinah
seterusnya gerakan riddah, Majusi yangberselimutkan Islam, golongan
Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani,serangan bangsa
Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamaddun Baghdadpada
pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan
penyembelihanberamai-ramai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya
kejatuhan kerajaan Islam diAndalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung
dengan pengaruh-pengaruh imperialisBarat terhadap dunia Islam, gerakan
Zionis Yahudi dan missionary Nasrani yangmempunyai alatan dan kemudahan
yang banyak dan seterusnya serangan disegipemikiran dan kebudayaan dan
sebagainya dan sebagainya. Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda
umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masihlagi
mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari
ini.Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil
berat tentangagama mereka tetapi masih ada golongan yang
bersungguh-sungguh untuk mempelajariagama dan memperjuangkannya. Walau
pun ramai di kalangan umat Islam yang telahhancur moral dan akhlaknya
tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi danberpekerti
luhur. Walaupun syiar-syiar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat
tetapi di 7
-
8.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________tempat lain
syiar-syiar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun
aktivis-aktivisIslam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di
tempat lain mereka akan disanjungdan dihormati. Begitulah seterusnya
umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumiini hinggalah sampai
pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada masa ituAllah swt.
akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yangmematikan
setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah
orang-orangyang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan
berlaku hari qiamat.HADIS 8: PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULUDan pada Abu
Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Umatku
akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu".
Sahabatbertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"
Nabi saw. menjawab,"Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak
seronok, (2) terlalu mewah, (3)menghimpun harta sebanyak mungkin, (4)
tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,(5) saling memarahi, (6)
hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".(Riwayat
Hakim)Keterangan:Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw.
tadi telah banyak kita lihat dikalangan kaum muslimin di hari ini. Di
sana sini kita melihat penyakit ini merebak danmenjalar dalam masyarakat
dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yangsangat tajam dan
meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencaridan
menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu.
Makaapabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa
menggunakan segala macamcara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah
nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalahkecurangan, khianat,
hasud-menghasud dan sebagainya. Marilah kita merenung maksudhadis ini,
dan marilah kita bermuhasabah!HADIS 9: ISLAM KEMBALI DAGANGDaripada Abu
Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula
tersebardalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula.
Maka beruntunglahorang-orang yang asing". (Riwayat
Muslim)Keterangan:Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang
sangat asing dan dagang. Sangatsedikit penganut dan pendukungnya kalau
dibandingkan dengan penentangnya.Kemudian setelah itu Islam tersebar ke
seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh duapertiga penduduk dunia.
Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangandunia,
bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang
Islammerasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam
(komitmen) dengan Islamdan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.
Seorang yang iltizam dengan Islamdipandang sepi oleh masyarakat dan
terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang 8
-
9.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________sihat.
Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk
waktusembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk
menunaikan sembahyang,maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang
wajar. Sedangkan orang yang tidakbersembahyang sambil bersenda-senda
ketika orang lain bersembahyang tidak dianggapsebagai perbuatan yang
salah dan terkutuk.Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia
akan terasing dan tersisih darimasyarakat, bahkan tersisih dari
pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagaiumat Islam dan marah
apabila dikatakan yang dia bukan orang IslamHADIS 10: BAHAYA
KEMEWAHANDaripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang
duduk bersama Rasulullahsaw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Musab bin
Umair r.a. dan tiada di atas badannyakecuali hanya sehelai selendang
yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullahsaw.melihat kepadanya
Baginda menangis dan menitiskan air mata keranamengenangkan kemewahan
Musab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangatdimanjakan oleh
ibunya) dan kerana memandang nasib Musab sekarang (ketika berada
diMadinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala
harta benda dankekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw.
bersabda, "Bagaimanakahkeadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di
waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergidi waktu petang dengan pakaian
yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangandiletakan pula satu
hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamusepertimana
kamu memasang kelambu Kabah?". Maka jawab sahabat, "WahaiRasulullah,
tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini.Kami
akanmenberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah
mencari rezeki".Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari
ini adalah lebih baik daripadakeadaan kamu di hari itu". (Riwayat
Tirmizi)Keterangan:Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan
bahawa umatnya pada suatumasa kelak akan mendapat kekayaan dan
kelapangan dalam kehidupan. Pagi petangpakaian silih berganti. Hidangan
makanan tak putus-putus. Rumah-rumah merekatersergam indah dan dihias
dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaandemikian kita juga mungkin
akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalausemuanya sudah
ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kitaMuhammad saw.
mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untukkita",
ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.Kemewahan hidup banyak
menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt.,sepertimana
yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak
melebihikeperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi, bila dibanding
dengan kehidupan parasahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka,
sedangkan ibadat kita sangat jauhketinggalan. Kekayaan dan kemewahan
yang ada, selalu menyibukkan kita danmenghalang dari berbuat ibadah.
Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk 9
-
10.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________menjaganya
serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa
yangpernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak
Adam itu telahmempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari
jurang yang kedua,sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui
kematian)".Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia
dalam menghimpunharta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah,
sehinggalah ia menemui kematian.Maka ketika itu, barulah ia sedarkan
dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saatitu sudah tidak
berguna lagi penyesalan. Oleh itu janganlah kita lupa daratan
dalammencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting
dapat harta. Tidak kirawaktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan
untuk menimbun kekayaan. Biarlahkita mencari mata benda dunia pada
batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlahdigunakan untuk menolong
orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dansuka bersedekah,
sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalahorang
yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan
dunia initempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.HADIS 11:
UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDIDaripada Abu Hurairah r.a.
bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akanberlaku qiamat,
sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaumYahudi itu
bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu
ituberkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya.
Kemarilah! Danbunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang
berduri), keranasesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh
sebab itulah ia melindunginya)".(Riwayat Bukhari &
Muslim)Keterangan:Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada
kaum Muslimin danmenjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi
orang-orang Yahudi. Jadi walaupunorang-orang Yahudi merancang dan
berusaha sedaya upaya untuk membunuh danmenyesatkan umat Islam, namun
akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalamkepungan umat Islam. Umat
Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaumYahudi yang ada di
permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk
Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan
memberipenolongan kepada mereka. 10
-
11.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 12:
SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKITDaripada Huzaifah bin
Al-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahukami dua buah
hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudahsaya
lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw.
memberitahubahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang
yang tertentu. Kemudianturunlah Al-Quran. Maka orang-orang itu lalu
mengetahuinya melalui panduan Al-Qurandan mengetahuinya melalui panduan
as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw.menceritakan kepada kami tentang
hilangnya amanah, lalu beliau bersabda, "Seseorangitu tidur sekali
tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya,
kemudiantertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja.
Kemudian ia tertidur pula, laludiambillah amanah itu dari dalam hatinya,
maka tinggallah bekasnya seperti lepuh ditangan (mengelembung di tangan
dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapakatau cangkul). Jadi
seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu,
kemudianmengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak
ada apa-apa". KetikaRasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau
mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil)lalu menggilingkannya dengan
kakinya."Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka
hampir sahaja tiada adaseorang juga pun yang suka menunaikan amanah,
sampai dikatakan orang bahawasanyadi kalangan Bani Fulan (di kampung
yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baikmemegang amanah, sangat
terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnyadalam bekerja,
alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahaldi
dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat
timbangan bijisawi.""Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun
tidak memperdulikan manakah diantara kamu semua yang saya hendak
bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorangIslam, maka agamanyalah
yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnyaagamanyalah yang dapat
menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atauYahudi,
maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada
ku(maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang
memegangkekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk
mendapatkan semua hak-hakku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka
saya tidak pernah berjual beli dengan kamusemua kecuali dengan Fulan dan
Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".(Riwayat Bukhari &
Muslim)Keterangan:Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang
secara beransur-ansur danbilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai
suatu saat nanti orang yang dianggap baikuntuk menjaga amanat pun telah
khianat pula. Begitulah gambaran masyarakat kita hariini. Ramai daripada
kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikulamanah,
tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang. 11
-
12.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 13:
ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANGJAHAT BERTAMBAH BANYAKDaripada
Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak
akanberlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan
(bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan
cuaca akan menjadipanas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela
dan akan berkurangan orang yangbaik dan anak-anak menjadi berani melawan
orang-orang tua dan orang yang jahat beranimelawan orang-orang baik".
(Riwayat Thabrani)Keterangan:Di antara tanda-tanda qiamat ialah:1) Bila
anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.2) Bila hujan
berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.3) Orang jahat
bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.4)
Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang
sewajarnya.5) Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.6) Orang-orang
yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak seganterhadap
mereka.Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak
bezanya dari apa yangdisebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita
melihat kebenaran daripada apa yangdisabdakan oleh Rasulullah saw. Kita
berdoa, mudah-mudahan Allah swt.menyelamatkan kita dan anak cucu kita
dari tergolong di kalangan mereka yangdisebutkan tadi.HADIS 14:
DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANGDaripada Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah saw. bersabda, "Selagi akan datang suatumasa di mana orang
yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bilaia lari
membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari
suatulubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah
terjadi, segala pencarian(pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai
kecuali dengan perkara yang membabitkankemurkaan Allah swt. Maka apabila
ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalahberpunca dari menepati
kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyaiisteri dan
anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak
keduaorang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka
kebinasaannya adalahberpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya
(adik beradiknya sendiri) atau darimenepati kehendak jirannya". Sahabat
bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksudperkataan engkau itu ?"
(kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atauorang
tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka
akanmencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka
dari kerana ituia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan
dirinya dijurang-jurangkebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".
(Riwayat Baihaqi) 12
-
13.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________Keterangan:Benar
sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui
perkara-perkarayang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka
menceburkan diri ke dalamlumpur kemasiatan untuk melayan kehendak
isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupunjiran mereka.HADIS 15: DUA
GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNINERAKADaripada Abu Hurairah r.a.
berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yangakan menjadi
penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama,
golongan(penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang
digunakan untukmemukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi
bertelanjang, berlengganglenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan
bahu. Kepala mereka (sanggul di ataskepala mereka) bagaikan bonggol
(goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidakakan masuk syurga
dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bauwangi syurga
itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".(Riwayat
Muslim)Keterangan:Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita
lihat dari realiti masyarakat yang adapada hari ini. Ada golongan yang
suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat,bertindak kepada
manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yangberpakaian
tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian
punboleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita
hendak katakanbertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi
hanya dengan secarik kainsahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau
pun ia berpakaian dengan pakaian yangsangat tipis sehingga menampakkan
warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat.Kemudian berjalan sambil
menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar,seperti gob unta.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidakakan
dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium
darijarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.HADIS 16:
ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANAMENDAPATKAN HARTADaripada Abu
Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu
zamanseseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta,
apakah dari sumberyang halal atau pun haram". (Riwayat
Muslim)Keterangan:Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan
rohani dan zaman materialisme,segala sesuatu adalah bernilai dengan
nilai harta. Manusia cakar mencakar untukmemperolehi sebanyak mungkin
harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana 13
-
14.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________datangnya
harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber
yangharam. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya
untuk memenuhikehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau
anak-anak mereka.HADIS 17: HARTA RIBA WUJUD DI MERATA TEMPATDaripada
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu
zaman,tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta
riba. Kalau ia tidakmemakan secara langsung, ia akan terkena juga
debu-debunya". (Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Hadis sabdaan Rasulullah
saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.HADIS 18: ORANG
MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYABUKAN KHAMARDaripada Abu Malik Al-Asyari
r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw.bersabda, "Sesungguhnya
ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar danmereka menamanya
dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan denganbunyi
muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke
dalambumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera
atau babi".(Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Maksudnya, akan ada di
kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan merekamengatakan bahawa
yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minumanyang dapat
menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka
akanmemberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia
bukankhamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan
oleh syara.Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan
disertai dengan alunanmuzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan.
Rasulullah saw. menerangkan bahawagolongan ini akan ditimpa gempa bumi
atau tubuh badan mereka diubah kepada bentukkera atau babi. Sangat benar
sabdaan Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demigempa bumi yang
berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan
daripadaAllah swt. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat
diubah bentuk badanmereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara
hidup mereka sudah banyakmenyerupai perangai dan cara hidup kera dan
babi. 14
-
15.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 19:
SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUANDaripada Anas r.a. berkata, "Akan aku
ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidakada orang lain yang akan
menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw.bersabda, "Di
antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku
banyakperzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga
nantinya seoranglelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan."
(Riwayat Bukhari & Muslim)Keterangan:Nabi kita saw. menerangkan,
bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmuagama, banyak
kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai
kaumperempuan. Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa
jumlah kaumperempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di
sesetengah negara terdapatnisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding
dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalaukita meneliti di merata tempat,
kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuanadalah lebih banyak
dari lelaki. Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuanlebih
ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku,
kerana yangbanyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya
perempuan dan jugaAllah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia
ini adalah perempuan dansedikit sekali dari kalangan lelaki.HADIS 20:
HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAKBANGUNAN YANG MENCAKAR
LANGITDaripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang
panjang),…………kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah saw., "Maka
khabarkan kepada kutentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab,
"Orang yang ditanya tiada lebihmengetahui daripada orang yang bertanya”.
Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cubakhabarkan kepada ku
tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akanmelahirkan
tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang
yangbertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu
berlumba-lumba untukmembuat binaan". (Riwayat Muslim)Keterangan:Di
antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan
banyakbilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan
melahirkan anak.Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai
tuan kepada ibunya sendiri. Adajuga sebahagian yang memberikan
pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakansimbolik kepada suasana
yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukansebaliknya. Jadi
pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahatdan
yang sebenarnya jahat dikatakan baik. Tanda kedua pula bilamana orang
yang tidakberkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli
kasut dari yang lain,tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi
yang tentunya terpaksa berhutangdaripada orang lain. Ada pula yang
mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang 15
-
16.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________yang miskin
pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang
padawaktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini
ia sudah dapatmembuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.HADIS
21: AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQDaripada Anas r.a.
berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zamanahli
ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (Riwayat Ibnu
Ady)Keterangan:Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua
golongan ini. Ada orang jahilyang rajin beribadat dan ada pula orang
alim yang fasiq. Sebenarnya syaitan telahberusaha sedapat mungkin untuk
menyesatkan manusia. Oleh kerana itu ia menggunakanbeberapa cara yang
berlainan kepada orang-orang yang berlainan pula. Bagi si jahil,syaitan
selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang
jahilitu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak
mahu orang jahil itu rajinmengaji kerana bila ia mengaji ia akan
memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebutakan diterima oleh Allah swt
yang bererti kekalahan di pihak syaitan. Begitu pula halnyadengan si
Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas
beribadatdengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini
meninggalkankefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam
dadanya tidak berfaedah,bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari
qiamat nanti. Maka itu lah kejayaansyaitan dalam usahanya. Gejala yang
sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakatkita, di mana yang rajin
beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal
ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu
pengetahuan.HADIS 22: ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYASEPERTI
MEMEGANG BARA APIDaripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda,
"Akan datang kepada umat ku suatuzaman di mana orang yang berpegang
kepada agamanya laksana menggenggam baraapi”. (Riwayat
Tirmizi)Keterangan:Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat
mencabar sehingga sesiapa yanghendak mengamalkan ajaran agamanya ia
terpaksa menghadapi kesusahan dan tentanganyang sangat hebat. Kalau ia
tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas darigenggamannya.
Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk
iamenunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya
mendoronguntuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat
meruntuhkan aqidah dankeimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan.
lni juga bermaksud, orang Islamtersepit dalam melaksanakan tuntutan
agamanya di samping tidak mendapat kemudahan. 16
-
17.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 23:
GOLONGAN RUWAIBIDHAHDaripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw.
bersabda. "Lagi akan datang kepadamanusia tahun-tahun yang tandus
(kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yangberdusta dikatakan benar
dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akandisuruh
memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan
yangberpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat
bertanya, "ApakahRuwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab,
"Orang yang kerdil dansebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang
ramai”. (Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Zaman yang disebutkan tadi adalah
zaman ketandusan. Tandus di segi material dan jugatandus di segi
pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianatserta
fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak
diberikanpeluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah
peribadi-peribadi yang hinadan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk
menyelesaikan masalah-masalah yangdihadapi oleh masyarakat.HADIS 24:
PEPERANGAN DEMI PEPERANGANDaripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya
Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidakakan terjadi sehingga
melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepadakeimanan) dan
banyak berlaku al-Harj". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu
haiRasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi
peperangan".(Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Realiti dunia hari ini
membuktikan kebenaan sabda junjungan kita Nabi saw. Harta bendamelimpah
ruah. Banyak alat-alat moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan
Timursehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh
kerana itu ramaiorang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam
membuat danmemperdagangkan alat-alat tersebut. Dan oleh kerana
masing-masing tamak dan rakusmaka terjadilah perebutan yang mengakibat
berlakunya peperangan demi peperangan.Dari semasa ke semasa peperangan
berkobar dengan tiada henti-hentinya. Padam di suatutempat menyala pula
ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari. Semakinmaju
teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi
tidaklahbercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada etika
kemanusiaan yangdidukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi
yang ditaja oleh dunia barat hari iniadalah berdasarkan kepada
kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yangrakus sehingga
teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusian
itusendiri. Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia
ini, sehinggalahsampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat. 17
-
18.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 25:
MASA AKAN MENJADI SINGKATDaripada Anas bin Malik r.a. berkata:
Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadiqiamat sehingga masa
menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dansebulan
dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan
seharidirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu
petikan api".(Riwayat Tirmizi)Keterangan:Masa akan berlalu begitu cepat.
Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudahterlalu larut,
sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita
seakan-akansibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita
diburu masa dan ia berlaludengan tiada ada perkara yang dapat kita
selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengansingkatnya masa. Menurut Imam
al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnyamasa ini ialah dicabut
keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan olehImam
al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara
yang dapatkita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya
sedikit perkara-perkarayang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu
petanda hampirnya qiamat.HADIS 26: MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMIDaripada
Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah
saw.sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali
dikutip. Emas itutelah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang
(galian) mereka. Maka sahabatberkata: "Hai Rasulullah! Emas ini adalah
hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw.menjawab, "Nanti kamu akan dapati
banyak galian-galian, dan yang akanmenguruskannya adalah orang-orang
yang jahat". (Riwayat Baihaqi)Keterangan:Tepat sekali apa yang telah
disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yanglalu. Hari ini
dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak,
timah,petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang
menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu
realiti yang sangat jelas di mata kita danmerupakan salah satu di antara
petanda hampirnya hari qiamat. 18
-
19.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 27:
TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANGSUBURDaripada Abu Hurairah
r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; "Tidak akan terjadiqiamat
sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan
dialirisungai-sungai". (Riwayat Muslim)Keterangan:Sekarang kita telab
mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita
banyakmelihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi
sekarang telahmulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan
pohon-pohon kayu. Contohnya,Padang Arafah yang ada di Makkah
al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenalisebagai padang yang tandus
dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafahdipenuhi pohon-pohon
kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh dibawah
naungannya. Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun
iamengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya
seluruhmakhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan
pelajaran pentingyang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang
Arafah pada setiap 9 Zulhijjahtahun Hijriyah.HADIS 28: UJIAN DAHSYAT
TERHADAP IMANDaripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda; "Bersegeralah kamuberamal sebelum menemui fitnah (ujian berat
terhadap iman) seumpama malam yangsangat gelap. Seseorang yang masih
beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petangdia sudah menjadi
kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman diwaktu
petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah
menjualagamanya dengan sedikit dari mata benda dunia." (Riwayat
Muslim)Keterangan:Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan
hebatnya ujiaan terhadap imanseseorang diakhir zaman. Seseorang yang
beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadikafir diwaktu petang. Begitu
pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang,tiba-tiba pada
esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan
yangberlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu
malam atau satu harisahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan
imannya kerana hanya hendakmendapatkan sedikit dari harta benda dunia.
Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripadaiman. Dan menurut riwayat
Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yanghatinya dihidupkan
Allah swt. dengan ilmu". Mudah-mudahan Allah swt. menjadikankita di
antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu
AllahSwt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini. 19
-
20.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 29:
KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARADaripada Ma’qil bin Yasar ra.
berkata Rasulullah bersabda: "Beribadat di saat-saat huruhara (dunia
kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku". (Riwayat
Muslim)Keterangan:Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan
agamanya di saat-saat yangpenuh dengan huru hara dan gangguan dari
segenap penjuru, dan mampu mengingatiAllah swt. di saat-saat orang lain
lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yangmelalaikan. Mereka akan
diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan olehkaum
Muhajirin di zaman Rasulullah saw. Mudah-mudahan kita termasuk di
kalanganmereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan
suasana yang sangatmenyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan
pahala besar yang telah dijanjikanoleh Rasulullah saw. tadi.HADIS 30:
PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ)KERANA MEREBUT KEKAYAANDaripada
Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; Tidak terjadi
hariqiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai
yang ada di lraq)menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung
daripada emas. Ramai orangyang berperang untuk merebutkannya. Maka
terbunuh sembilan puluh sembilan daripadaseratus orang yang berperang.
Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang
yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan;"Sudah dekat
suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu
ternampakperbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di
situ janganlah iamengambil sesuatu pun daripada harta itu". (Riwayat
Bukhari & Muslim)Keterangan:Hadis ini jelas sekali menerangkan
bahawa di kawasan Iraq dan disekitarnya akanberkobar peperangan yang
berpunca dari merebutkan kekayaan yang ada di sana danramai yang
terkorban dan masing-masing pihak bercita-cita seandainya merekalah
yangterselamat. 20
-
21.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 31:
KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAHDaripada Salamah binti al-Hurr
r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda;"Lagi akan datang
suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidakdapat
memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang
bolehmenjadi imam". (Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Walau pun secara
pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yangtelah
disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang
ini sudahmenghala ke sana. Banyak kampung-kampung yang tidak mempunyai
Tok Imam yangbenar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar.
Kelihatannya,masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syariat. Mereka
yang berilmu pula ramaiyang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka
tinggallah orang-orang yang jahil.Maka apabila hal ini berpanjangan,
pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga keperingkat keadaan yang
telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.HADIS 32: ULAMA TIDAK
DIPEDULIKANDari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda; "Ya Allah! Jangankau temukan aku dan mudah-mudahan kamu
(sahabat) tidak bertemu dengan suatu masadi mana para ulama sudah tidak
diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidakdisegani lagi. Hati
mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka
sepertilidah orang Arab (pada fasihnya)." (Riwayat
Ahmad)Keterangan:Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang
telah digambarkan olehRasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh
dari para ulama. Mereka takutmendekati para ulama, kerana khuatir
perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak seganlagi membuat maksiat
walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang,sengaja
perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa
egodan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga
pandai bercakapdan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka
begitu halus dan memikatorang lain pada hal hati mereka adalah hati
harimau yang bersedia untuk menerkam danmemangsa musuhnya. 21
-
22.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 33:
ISLAM NAMA SAHAJADaripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah
bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampirsampai suatu masa di mana tidak
tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya,dan tidak tinggal
daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid
merekatersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka
adalah sejahat-jahatmakhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit.
Dari mereka berpunca fitnah, dankepada mereka fitnah ini akan kembali".
(Riwayat Baihaqi)Keterangan:Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari
ini, keadaannya tidak begitu jauh darigambaran yang telah dinyatakan
oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianyasudah mendekati
ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su
yangmenjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat
yang mewarisitugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari
masa ke semasa.HADIS 34: AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN
DIANGKATDaripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda; "Islam akanluntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni)
pakaian (bila ia telah lama dipakai),sehingga (sampai suatu masa nanti)
orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkandengan puasa, dan apa
yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yangdimaksudkan dengan nusuk
(ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan Al-Quran akan
dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok
harinya)tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu
ayat. Maka yangtinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia,
diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu
berkata, "Kami sempat menemui nenekmoyang kami memperkatakan kalimat
"La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannyajuga". Maka berkata
Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuatoleh La
ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka,
sedangkan merekasudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan
sembahyang, puasa, nusuk, dansedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka
daripadanya (Shilah yang bertanya).Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan
itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkanmukanya pada setiap kali
pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehinggaakhirnya
Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada
apineraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali). (Riwayat Ibnu
Majah)Keterangan:Hadis di atas tadi menerangkan kepada kita bahawa pada
suatu masa nanti:1. Ilmu tentang Islam akan diangkat.2. Al-Quran juga
akan diangkat daripada permukaan bumi ini.3. Orang ramai hanyalah
mengenali beberapa istilah Islam, tetapi mereka tidakmemahami apa yang
dimaksudkan dengan istilah-istilah itu. 22
-
23.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________4. Begitu
pula mereka hanya sekadar mampu mengucapkan kalimat "Lailaha
illallah",tetapi mereka tidak memahami apa tuntutan kalimat suci itu
terhadap mereka.Walau bagaimana pun Allah swt. dengan belas kasihannya
masih menghargai keimananmereka yang sedikit itu dan akan memasukkan
mereka ke dalam syurga.HADIS 35: LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN
MENURUNKANBALADaripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda:
“Apabila umat ku telahmembuat lima belas perkara, maka bala pasti akan
turun kepada mereka iaitu:1. Apabila harta negara hanya beredar pada
orang-orang tertentu.2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber
keuntungan.3. Zakat dijadikan hutang.4. Suami memperturutkan kehendak
isteri.5. Anak derhaka terhadap ibunya,6. Sedangkan ia berbaik-baik
dengan kawannya.7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.8. Suara
sudah ditinggikan di dalam masjid.9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah
orang yang terhina di antara mereka.10. Seseorang dimuliakan kerana
ditakuti kejahatannya.11. Khamar (arak) sudah diminum di merata
tempat.12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).13. Para
artis-artis disanjung-sanjung.14. Muzik banyak dimainkan.15. Generasi
akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).Maka
pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi
atau punmereka akan dirobah menjadi makhluk lain". (Riwayat
Tirmizi)Keterangan:Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang
telah disabdakan Rasulullah saw. ini,cuma mungkin belum sampai ke
peringkat akhir. 23
-
24.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 36:
LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYADaripada Ibnu Omar r.a. berkata:
Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatuhari) kemudian beliau
bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telahdibalakan
dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi
bagikamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak
menemui masa itu.Perkara-perkara itu ialah:1. Tiada terzahir (nampak)
perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterusterang
melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Thaun yang cepat
merebakdi kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit
yang belum pernahmenimpa umat-umat yang telah lalu.2. Dan tiada mereka
mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akandibalakan dengan
kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalanganpepimpin
mereka.3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali
ditahan untuk mereka airhujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang
(yang juga hidup diatas permukaan bumi ini)tentunya mereka tidak akan
diberi hujan oleh Allah swt.4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah
dan Rasulnya kecuali Allah akanmenguasakan ke atas mereka musuh mereka,
maka musuh itu merampas sebahagiandaripada apa yang ada di tangan
mereka.5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum
Allah yangterkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai
pilihan, maka (disaat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan
mereka sendiri ".(Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Hadis di atas
menerangkan bahawa:1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari
banyak berlaku perzinaan.2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman
pimpinan adalah berpunca daripada rakyatyang mengurangkan sukatan dan
timbangan.3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan
zakat.4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki
oleh kaumMuslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum
Muslimin) adalah berpuncadaripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka
kepada Allah swt.5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum
Muslimin adalab berpunca daripadamengenepikan hukum-hukum Allah swt. dan
tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagaiundang-undang di dalam kehidupan.
24
-
25.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 37:
BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURANDaripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada
suatu masa ketika Nabi saw. sedang beradadalam suatu majlis dan sedang
bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datangseorang Arabi
(Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., "Bilakah
akanterjadi hari qiamat?". Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya.
Maka sebahagianyang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang
ditanyakan, tetapi pertanyaan itutidak disukainya". Sementara yang lain
pula berkata, "Bahkan beliau tidak mendengarpertanyaan itu". Sehingga
apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda,"Di mana
orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?" Lalu Arab Badwi itu
menyahut,"Ya! Saya hai Rasulullah". Maka Nabi saw. bersabda, "Apabila
amanah telah disia-siakanmaka tunggulah hari qiamat". Arab Badwi ini
bertanya pula, "Apa yang dimaksudkandengan mensia-siakan amanah itu"?
Nabi saw. menjawab, "Apabila urusan diserahkankepada yang bukan ahlinya
maka tunggulah kedatangan hari qiamat". (Riwayat Bukhari)Keterangan:Pada
hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya,
sedangkanorang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi
peluang yangsewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama lagi
akan terjadi.HADIS 38: BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJIDDari Anas bin Malik
r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi)hari
qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".(Riwayat
Abu Daud)Keterangan:Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat
Islam berbangga dan bermegah-megahdengan masjid yang mereka bina.
Masing-masing negara berbangga dan merasa megahdengan bangunan masjid.
Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidakkepada
pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid
yangindah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di
dalamnya hanya segelintirmanusia sahaja. 25
-
26.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 39:
MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIADaripada Abu Hurairah ra. berkata:
Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhirzaman orang-orang yang
mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Merekamenunjukkan kepada
orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura
zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan
merekalebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati
serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman
kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengankelembutan Ku?, Ataukah kamu
terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demikebesaran Ku, Aku bersumpah
akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi dikalangan mereka
sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan
menjadibingung (dengan sebab fitnah itu)". (Riwayat
Tirmizi)Keterangan:Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah
orang-orang yang menjadikanagama sebagai alat untuk mendapat keuntungan
dunia. Mereka rela menggadaikan agamauntuk meraih keuntungan dunia. Dan
apabila bercanggah kepentingan dunia denganhukum syarak mereka berani
mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan.Mereka juga pandai
mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yangmemikat
hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya
semata-matatimbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan.
Mereka menipu orang lain danjuga menipu diri mereka sendiri. Mereka akan
dilanda kekusutan pemikiran yang sangattajam sehingga orang alim yang
banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buahfikiran. Mereka
menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalanbuntu
dalam permasalahan yang dihadapi.HADIS 40: GOLONGAN YANG SELAMATDaripada
Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Umat Yahudi
telahberpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu
golongan sahajayang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk
neraka. Umat Nasrani telahberpecah-belah menjadi tujuh puluh dua
golongan, maka tujuh puluh satu golonganmasuk neraka dan hanya satu
golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam
kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh
tigagolongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh
puluh dua lagi akanmasuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"?
Nabi saw. menjawab, "Merekaadalah jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal
Jamaah). (Riwayat Ibnu Majah)Keterangan:Yang di maksudkan dengan jamaah
yang selamat ini ialah golongan yang tetapberpegang teguh dengan
Al-Quran dan As-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sababat dan
salafus-shaleh, atan pun yang diistilahkan oleh para ulama dengan
golongan"Ahlus Sunnah wal Jamaah". Selain dari golongan ini adalah sesat
dan akan menjadipenghuni neraka. 26
-
27.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________HADIS 41:
LAHIRNYA IMAM MAHADIDaripada Abdullah bin Masud r.a. berkata: Rasulullah
saw. bersabda: "Dunia tidak akanhilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab
akan dikuasai oleh seorang lelaki daripadakeluarga ku (keturunan ku)
yang namanya sama dengan namaku". (Riwayat Tirmizi)Keterangan:Hadis ini
menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan qiamat
sehinggalahbangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang lelaki
keturunan Rasulullahsaw., iaitu Imam Mahdi. Ia akan melaksanakan
keadilan di permukaan bumi ini dan akandiikuti oleh seluruh kaum
muslimin. Ia akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudiankeluarlah Dajal
dan turun pula Nabi Isa alaihis salam, dan Nabi Isalah yang
akanmembunuh Dajjal itu. Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan lahir
disaat umatIslam berpecah-belah dan dimasa pemerintahannya semua umat
Islam akan bersatu danberjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada di
dunia ini dibawah kekuasaan Islam.HADIS 42: SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT
YANG BESARDaripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang
kepada kami Rasulullah saw.dan kami pada waktu itu sedang
berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yangkamu perbincangkan?".
Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat".Lalu Nabi
saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu
melihatsebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau
menyebutkannya: "Asap,Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat
tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryamalaihissalam, Ya’juj dan Majuj,
tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat danyang ketiga di
Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari
arahnegeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar
mereka".(Riwayat Muslim)Keterangan:Sepuluh tanda-tanda qiamat yang
disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalahtanda-tanda qiamat yang
besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.Sepuluh
tanda itu ialah:1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan
penyakit yang seperti selsema dikalangan orang-orang yang beriman dan
akan mematikan semua orang kafir.2. Dajjal yang akan membawa fitnah
besar yang akan meragut keimanan, hinggakanramai orang yang akan
terpedaya dengan seruannya.3. Binatang besar yang keluar berhampiran
Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakapbahawa manusia tidak beriman lagi
kepada Allah swt.4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka
pada saat itu Allah swt. tidaklagi menerima iman orang kafir dan tidak
menerima taubat daripada orang yang berdosa.5. Turunnya Nabi Isa
alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukungpemerintahan
Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan 27
-
28.
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR
ZAMAN______________________________________________________segala salib
yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan
membunuhDajjal.6. Keluarnya bangsa Yajuj dan Majuj yang akan membuat
kerosakan dipermukaan bumiini, iaitu apabila mereka berjaya
menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampurtembaga yang telah
didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunyapada zaman
dahulu.7. Gempa bumi di Timur.8. Gempa bumi di Barat.9. Gempa bumi di
Semenanjung Arab.10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke
Padang Mahsyar. Api itu akanbermula dari arah negeri Yaman.Mengikut
pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari
beliaumengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih)
dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah
yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan
perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini.Keadaan itu akan
disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turundari
langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah
permulaantanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam
cakerawala yang manakejadian ini akan disudahi dengan terjadinya
peristiwa qiamat yang dahsyat itu.Barangkali keluarnya binatang yang
disebutkan itu adalah terjadi di hari yang mataharipada waktu itu terbit
dari tempat tenggelamnya”.Saidina Umar al-Khathab r.a. berkata,
"Hitung-hitunglah dirimu sendiri sebelum kamudihitung, dan
timbang-timbanglah dirimu terlebih dahulu sebelum kamu ditimbang,
danbersiap-siaplah untuk menghadapi alam terbuka yang besar (Padang
Mahsyar)."Wallahu alam bish-shawab. 28
Tidak ada komentar:
Posting Komentar